Dua pelajar hilang di Sungai Perak disahkan lemas
Dua pelajar hilang di Sungai Perak disahkan lemas

PARIT: Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muhammad Shah yang hilang dihanyutkan arus Sungai Perak di Kampung Tepus, di sini, petang semalam sudah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
Pengesahan itu dibuat oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, malam tadi.
Katanya, mayat Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, 16, ditemui jam 7 malam tadi berhampiran lokasi mayat mangsa pertama, Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham, 16, yang ditemui sekitar jam 4.40 petang tadi.
“Mangsa kedua ditemui jam 7 malam ini berhampiran tempat mangsa pertama dijumpai,” katanya.
Terdahulu, penemuan mayat Muhammad Nazrin berhampiran lokasi dia dikatakan jatuh ke sungai sebelum itu, disahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Ia berjaya ditemui timbul di permukaan air selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik pencarian secara pusaran bot.
Mayat Tingkatan 4 berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Seri Iskadar, di sini untuk proses bedah siasat.
Muhammad Nazrin dan Muhammad Naufal sebelum ini dikatakan bermain bola di kawasan padang berhampiran sungai itu sekitar 4 petang semalam.
Muhammad Naufal kemudian dilaporkan terjun ke sungai untuk mengambil bola yang terjatuh di situ.
Melihat dia terkapai-kapai di air, beberapa rakannya termasuk Muhammad Nazrin cuba membantu dengan menghulurkan batang buluh, sebelum dia turut terjatuh ke sungai itu.
Mereka kemudian dilaporkan terus hilang sebelum operasi SAR dilaksanakan.
Dua pelajar hilang di Sungai Perak disahkan lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.