Bakar 3 rumah, orang suruhan along dihukum penjara 3 tahun
Bakar 3 rumah, orang suruhan along dihukum penjara 3 tahun

MUAR: Seorang lelaki yang menjadi orang suruhan along, dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga merosakkan tiga rumah di Tangkak pada tahun lalu.
Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Li Ao Chen, 31, mengaku bersalah sejurus ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersama rakan yang kini sedang menjalani hukuman penjara empat tahun, didakwa melakukan khianat dengan api ke atas rumah seorang mangsa berusia 41 tahun di Taman Tangkak Jaya 4.
Bagi pertuduhan kedua serta ketiga, dia juga didakwa melakukan perbuatan sama ke atas dua rumah mangsa berusia 52 dan 55 tahun masing-masing di Taman Tangkak Jaya serta Taman Tiara 2. Semua kejadian itu didakwa berlaku pada jam 6.07 pagi 14 September tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail, manakala Ao Chen diwakili oleh peguam, Lau Yi Leong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan dengan semua hukuman terbabit berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 14 September tahun lalu.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan rakannya didakwa menaiki sebuah kereta menuju ke rumah yang disasarkan sebelum membaling petrol dan minyak tanah ke rumah mangsa sehingga terbakar.
Kejadian itu disedari ketiga-tiga mangsa selepas mereka terdengar bunyi letupan serta bau petrol dan minyak tanah dari luar rumah.
Selain itu, tertuduh juga didakwa meninggalkan nota tertera nombor kad pengenalan dan telefon bimbit dengan meminta mangsa menghubungi mereka.
Namun, ketiga-tiga mangsa mendakwa tidak mengenali nombor kad pengenalan itu, selain tidak pernah membuat pinjaman daripada along. Suspek kemudian didapati tersilap sasaran yang disangkakan rumah peminjam.
Bertindak atas laporan dibuat semua mangsa terbabit, polis dengan berpandukan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian berjaya menahan tertuduh di Johor Bahru pada hari kejadian.
Bakar 3 rumah, orang suruhan along dihukum penjara 3 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET