Komen pedas Amorim makan diri
Komen pedas Amorim makan diri

London: Micah Richards percaya komen Ruben Amorim di media hanya menyukarkan lagi tugasnya selepas Manchester United yang sedang bergelut mengalami satu lagi kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
United tewas 0-1 kepada Tottenham, awal pagi tadi, kekalahan liga ke-12 mereka musim ini, jumlah terbanyak dalam saingan liga utama sejak 31 tahun lalu.
James Maddison menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-13 susulan kesilapan Andre Onana.
Pasukan pelawat mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi gagal menyempurnakannya dan kekalahan itu menyebabkan United berada di tangga ke-15 liga.
Selepas perlawanan, Amorim sekali lagi menegaskan bahawa tugasnya “amat sukar”, selepas mengalami kekalahan kesembilan sejak mengambil alih United pada November tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Bekas bintang Manchester City, Richards bagaimanapun mengkritik cara pengendali dari Portugal itu bercakap mengenai pasukannya kepada media.
Bercakap dalam podcast The Rest is Football, Richards berkata: “Apabila dia mengatakan ini adalah pasukan terburuk dalam sejarah United, apa sahaja ayat yang dia gunakan, dia tidak sedar bahawa itu akan menjadi tajuk utama setiap minggu.
“Jika dia tidak suka seseorang pemain, jika dia tidak suka (Marcus) Rashford, itu adalah masalahnya. Sebagai pengulas, kami boleh menerimanya dan menghormati keputusannya.
“Tetapi semua perkara lain di sekelilingnya membuatkan keadaan lebih sukar untuk dirinya sendiri. Dia tidak sedar apa yang dia lakukan kerana semuanya jadi kacau-bilau.”
Amorim sering bercakap secara terus terang mengenai United, dengan ulasan pedas terhadap pasukannya menjadi perkara biasa dalam temu bual selepas perlawanan dan sidang media.
Pengurus Red Devils itu pernah melabel pasukannya sebagai “mungkin yang terburuk dalam sejarah Manchester United” selepas kekalahan di laman sendiri kepada Brighton bulan lalu.
Kenyataan berani itu mencetuskan liputan meluas di media sebelum jurulatih berusia 40 tahun itu kemudian mengakui bahawa dia tersilap dan membiarkan emosinya menguasai dirinya.
Komen pedas Amorim makan diri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET