Kes tembak di Setia Alam: Suspek maut ditembak di Pulau Ketam

Kes tembak di Setia Alam: Suspek maut ditembak di Pulau Ketam

Kes tembak di Setia Alam: Suspek maut ditembak di Pulau Ketam

Kuala Lumpur: Suspek terbabit kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor pada 8 Februari lalu, maut ditembak di Pulau Ketam, Klang Selatan, awal pagi ini.

Lelaki berusia 30-an itu ditembak sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berlaku insiden tembak-menembak antara pasukan polis dan suspek di sebuah bilik hotel.

“Polis juga menemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek yang dikehendaki itu mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Katanya, suspek juga dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah Setia City Mall baru-baru ini.

Pada 8 Februari lalu, media melaporkan, seorang pekerja pembersihan cedera ditembak lelaki.

Dalam kejadian 10.50 malam, suspek menembak seorang pekerja pembersihan ketika sedang menyimpan peralatan mencuci di aras P1 dan cedera terkena empat das tembakan di kaki serta punggung.

Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah seorang saksi lain lalu mengarahkan membawanya keluar dari pusat beli-belah berkenaan.

Dia selepas itu menahan Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung sambil mengacukan pistol, memaksa pemandu membawanya keluar dari kawasan Shah Alam lalu meminta berhenti di tepi lebuh raya sebelum menghilangkan diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati suspek melepaskan tembakan dipercayai akibat berang ditegur pekerja pembersihan supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.

“Pasukan polis berjaya menembak mati suspek terbabit.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker