Slot puji semangat juang pemain biarpun keletihan

Slot puji semangat juang pemain biarpun keletihan

Slot puji semangat juang pemain biarpun keletihan
DIAZ ledak gol pertama Liverpool. -FOTO Reuters

Liverpool: Arne Slot memuji semangat juang Liverpool ketika pendahulu Liga Perdana yang “keletihan” itu terselamat daripada perlawanan yang tegang sebelum menang 2-1 ke atas Wolves awal pagi tadi.

Pasukan Slot kini mendahului tujuh mata di hadapan Arsenal yang berada di tangga kedua, hasil gol pembukaan Luis Diaz dan sepakan penalti Mohamed Salah sebelum rehat di Anfield.

Ia bukan perlawanan yang mudah buat Liverpool biarpun bermula dengan baik kerana Wolves yang berada di tangga keempat tercorot memberikan cabaran yang sengit.

Ledakan Matheus Cunha mengurangkan defisit gol dan Liverpool terpaksa bertahan pada minit terakhir sebelum mereka meraikan kemenangan pertama dalam tiga perlawanan dalam semua pertandingan.

Mereka juga patut berterima kasih kepada Alisson Becker yang berjaya melakukan beberapa penyelamatan penting dengan, pengurus Liverpool, Slot berkata: “Kemenangan ini sangat penting. Kami perlu berjuang dan kami perlukan Alisson.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


“Wolves mengambil banyak risiko. Dalam musim di mana anda mahu mencapai sesuatu, anda juga perlu menang dalam perlawanan seperti ini.

“Ia bukan perlawanan yang mengikut perancangan sepatutnya tapi mereka semakin baik, kami semakin teruk.

“Kami terpaksa menunjukkan mentaliti yang berbeza dan berjaya mengatasi cabaran. Jika ini yang diperlukan untuk memenangi perlawanan, saya gembira pemain dapat melakukannya lagi,” katanya.

Slot mengakui Liverpool keletihan selepas seri 2-2 dalam perlawanan penuh kontroversi sewaktu menentang Everton Khamis lalu yang menyaksikan gol penyamaan pada masa kecederaan oleh Toffees dan kekalahan memalukan di Piala FA minggu lalu menentang Plymouth dari liga kedua.

“Keletihan yang datang tidak dapat dielak namun ia menguji mental. Hari ini mental kami diuji lagi. Kami fikir kami menjaringkan gol ketiga dan kemudian sepakan penalti untuk gol ketiga, tetapi kedua-duanya adalah keputusan yang betul dari pengadil,” katanya.

Slot puji semangat juang pemain biarpun keletihan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker