Rakaman terakhir Norshamira promosi sambal
Rakaman terakhir Norshamira promosi sambal

Kuala Lumpur: Mangsa bunuh, Norshamira Zainal, yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Jumaat lalu, disifatkan sebagai seorang yang rajin dan kuat semangat mencari rezeki dengan menjual sambal.
Berdasarkan video perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Raz, Norshamira, 37, dilihat menyapa beliau dan rakannya untuk mempromosikan sambal jualannya di Kuantan, minggu lalu.
Allahyarham Norshamira menyapa dengan sopan dan ramah sambil memperkenalkan produknya ketika Raz dan rakannya sedang merakam video.
Video berkenaan meraih 3.3 juta tontonan dan 4,300 komen daripada netizen, yang sebahagiannya turut berkongsi pengalaman berurusan dengan Allahyarham Norshamira, yang disifatkan sebagai seorang yang baik, peramah, lemah lembut, dan gigih mempromosikan produknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Dalam video itu juga, Allahyarham memberitahu bahawa sebelum itu dia membantu mencari seorang kanak-kanak yang hilang dan mahu segera pulang ke rumah.
Sementara itu, seorang pengguna TikTok, Ajue.caca11, yang juga sepupu mangsa, berkata, “Ya Allah, Kak Ngah, rindu dengan celoteh Kak Ngah. Kak Ngah seorang sepupu yang sangat baik. Kalau pergi raya, mesti Kak Ngah promosi produk dia.
“Ingat kali terakhir jumpa Kak Ngah (dia cakap) ‘Zura, doakan Kak Ngah berjaya ya. Kak Ngah nak besarkan perniagaan Kak Ngah’,” tulisnya.
Individu dikenali sebagai Lep turut menyifatkan Allahyarham Norshamira sebagai seorang yang peramah dan pernah berjumpa mangsa ketika berkelah di Pantai Sepat, Kuantan, menjual sambal bilisnya.
“Semoga keadilan bersamamu, Kak. Salam takziah,” tulisnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Seorang lagi pengguna TikTok, Ibieee, turut berkongsi pengalaman membeli sambal dengan Allahyarham Norshamira dan mengakui wanita itu seorang yang lemah lembut.
“Lemah lembut kakak itu bercakap. Walaupun kita tak makan sambal, (tetapi) daripada cara kakak itu promosi, buat kita jadi nak beli,” tulisnya.
Myra Bad pula berkata, “Baiknya arwah, lembut orangnya. Semoga Allah ganjarkan dia pahala yang besar dan syurga tempat berehat arwah di sana,” tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh wanita berkenaan, semalam.
Suspek berusia 53 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Rakaman terakhir Norshamira promosi sambal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET