Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

Pertembungan Kem 2 Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

PAS dijangkakan akan melakukan pemilihan parti sekitar September atau Oktober ini.

Ekoran itu, pertembungan antara 2 kem pemimpin tertinggi PAS, Hadi Awang dan Tuan Ibrahim, dilihat semakin panas.

Pertembungan ini mengingatkan kita kepada apa yang pernah berlaku kepada PAS dalam pemilihan ketika Muktamar Pas di Kuala Selangor pada Jun 2015.

Ketika itu PAS berpecah kepada 2 kumpulan.

Satu kumpulan dikenali sebagai kumpulan profesional dan satu lagi dikenali sebagai kumpulan ulamak.

Dalam pemilihan pada Muktamar PAS 2015 itu, hampir kesemua kumpulan profesional telah tewas.

Mereka menuduh wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan mereka dari kepimpinan PAS pusat.

Rentetan dari peristiwa itu, kumpulan profesional telah meninggalkan PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara atau PAN.

Kini sekali lagi berlaku pertembungan antara kumpulan pemimpin muda yang lebih progresif dengan kumpulan konservatif di dalam PAS.

Kumpulan pemimpin muda dilihat semakin mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam parti.

Kepimpinan konservatif Hadi Awang sejak 2003 dilihat sudah lagi tidak relevan dengan cabaran politik yang semakin dinamik.

Tidak dapat dinafikan, dalam beberapa pilihan raya terakhir ini seperti PRU 15 dan PRN 6 Negeri, PAS mencapai kejayaan terbesar di bawah Hadi Awang.

Tetapi persoalannya, apakah ianya dapat dikekalkan dalam PRU 16.

Golongan pemimpin muda juga mempersoalkan, apa gunanya kejayaan dalam PRU 15 apabila PAS terus menjadi pembangkang di peringkat pusat?

Pemimpin berpengaruh dari kedua-dua kem juga dilihat sudah mula berbalas kenyataan secara terbuka di media.

MB Kedah yang juga adalah AJK PAS Pusat, Sanusi Md Nor, memberi isyarat dengan berkata, jawatan presiden dan timbalan presiden PAS terbuka untuk dipertandingkan.

Namun kenyataan Sanusi dibidas oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS, Mokhtar Senik.

Beliau dilaporkan berkata, gandingan kepimpinan Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man masih diperlukan PAS.

Mendapat Perhatian Dari Penganalisa Politik

 

Pertembungan antara kem Hadi dan kem Tuan Ibrahim juga telah mendapat perhatian dari beberapa penganalisa politik.

Pensyarah Kanan Sains Politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, Tuan Ibrahim adalah calon yang paling sesuai untuk mengisi jawatan presiden PAS.

“Pas memerlukan seorang pemimpin yang mampu untuk mengolah pemikiran kritikal.”

“Dan paling penting, mempunyai aura untuk mengikat ahli-ahli dalam PAS.”

“Individu tersebut perlu memiliki karakter yang tidak mudah untuk memusuhi serta mesra kaum.”

“Dan saya fikir ini adalah resipi yang diperlukan PAS buat waktu ini.”

“Hadi dilihat sudah tidak relevan untuk terus mempertahankan jawatan yang disandang dalam parti sejak tahun 2003,” jelas beliau.

Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali pula berkata, Tuan Ibrahim bukan sekadar ulama.

Tetapi be;iau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

“Jika pemimpin itu tidak sejajar dengan naratif Melayu Islam yang menjadi teras kepada strategi PAS dalam meningkatkan pengaruhnya, itu mungkin sukar,” kata beliau.

Namun, seorang lagi wakil dari kumpulan ulamak PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, yang juga merupakan naib presiden PAS berkata, PAS masih memerlukan Hadi sebagai presiden.

Namun, segala-galanya akan terjawab dalam Muktamar PAS ke 70 yang akan di adakan di Kedah pada September atau Oktober ini.

Apakah PAS akan mengumumkan jawatan presiden tidak akan dipertandingkan untuk mengekalkan Hadi sebagai presiden?

Atau Hadi akan memberi laluan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengisi jawatan presiden?

Atau mungkin Hadi akan dipaksa untuk memberi laluan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man?

Sama-sama kita nantikan.

 

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker