Maritim Malaysia tahan lelaki cuba seludup keluar 9.6 tan gula di Tawau

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba seludup keluar 9.6 tan gula di Tawau

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba seludup keluar 9.6 tan gula di Tawau
Maritim Malaysia tahan lelaki cuba bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan.

TAWAU: Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan negara gagal, apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada kedudukan 2.4 batu nautika selatan Batu 3, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata pihaknya yang menjalankan operasi Pluto Timur dan operasi Tiris, mengesan bot kargo dipandu suspek terbabit bergerak dari arah Sungai Tawau menuju ke sempadan perairan negara kira-kira 8.30 pagi.

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba seludup keluar 9.6 tan gula di Tawau
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman. – Foto BERNAMA

“Pemeriksaaan dokumentasi mendapati, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa dan tiada sebarang pengikraran barangan dilakukan, selain semakan juga mendapati nama suspek juga tidak berdaftar di dalam lesen bot.

“Penggeledahan menyeluruh ke atas bot kargo itu juga menemukan 9,600 kilogram gula pasir masing-masing dalam bentuk paket satu kilogram, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot kira-kira RM60,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


 

Shahrizan berkata kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

Dalam pada itu, beliau berkata orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah agar menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian kecemasan 999 sebagai usaha bersama mengukuhkan penguatkuasaan pasukan keselamatan. – BERNAMA

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba seludup keluar 9.6 tan gula di Tawau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker