Lelaki maut dirempuh kereta ketika bantu mangsa kemalangan

Lelaki maut dirempuh kereta ketika bantu mangsa kemalangan

Lelaki maut dirempuh kereta ketika bantu mangsa kemalangan

BENTONG: Niat murni seorang daripada empat pengguna jalan raya yang cuba membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila maut dirempuh kereta yang hilang kawalan di Kilometer 69.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima panggilan memaklumkan kemalangan yang berlaku itu.

“Pada mulanya beberapa kenderaan yang lalu di kawasan itu berhenti bagi membantu kereta yang terbabas ke dalam longkang.

“Semasa pengguna jalan raya membantu mengawal lalu-lintas, sebuah kereta hilang kawalan dan merempuh dua mangsa di tempat kejadian,” katanya.

“Seorang daripada mereka dikenali sebagai Tan Wing Foo, 47, meninggal dunia semasa menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis memohon kerjasama pihak yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika membantu mangsa kemalangan.

Lelaki maut dirempuh kereta ketika bantu mangsa kemalangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker