Harga santan cecah RM20 sekilogram!
Harga santan cecah RM20 sekilogram!

Kuantan: Harga kelapa import dari Indonesia yang meningkat sejak tahun lalu memaksa peniaga bertindak menaikkan harga santan sehingga mencecah RM20 sekilogram.
Tindakan drastik itu terpaksa dilakukan bagi mengelak kerugian walaupun terpaksa berhadapan penurunan jualan apabila semakin ramai pengguna tidak sanggup menggunakan santan segar sebaliknya beralih pada santan segera.
Peniaga kelapa Mohd Fadzli Hamzah, 48, berkata, harga santan mula naik November tahun lalu.
Katanya, sebelum ini santan yang dijual berharga sekitar RM16 sekilogram.
Menurutnya, dia terpaksa menaikkan harga disebabkan pembekal menjual pada harga lebih tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
“Sejak harga santan naik sehingga 50 peratus pelanggan tidak lagi muncul mendapatkan bekalan kerana ia membebankan.
“Terdapat situasi di mana saya terpaksa menunjukkan resit belian kelapa kepada pelanggan bagi membuktikan harga kelapa diperingkat pembekal telah naik. Hampir 100 peratus bekalan kelapa diimport dari Indonesia.
“Ada pihak mendakwa faktor bekalan kelapa tempatan yang terhad disebabkan musim melawas menyebabkan harga kelapa naik tanpa dapat di kawal,” katanya ketika ditemui semalam.
Mohd Fadzli yang dibantu isterinya, Azizah Ibrahim, 46, berkata, terdapat peniaga di daerah ini terpaksa gulung tikar kerana tidak sanggup berhadapan kerugian secara berterusan.
Malah, harga santan yang naik menjadi punca peniaga menaikkan harga makanan terutama kuih.
Bagi Azizah, dia tidak menolak kemungkinan harga makanan termasuk kuih pada Ramadan dan Aidilfitri akan datang akan meningkat.
“Kenaikan harga kelapa kali ini berlaku begitu cepat, pernah berlaku sebelah pagi harga lain, bila petang harga telah naik. Faktor berkenaan menyebabkan ramai pelanggan saya seolah tidak percaya.
“Saya memikirkan nasib peniaga Melayu yang menjual makanan seperti ketupat, rendang, lemang atau nasi lemak yang memerlukan banyak santan,” katanya.
Harga santan cecah RM20 sekilogram!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas