Radin “Prank” Syafiq Kyle Sebelum Akad
Ini Pesan Netizen Buatnya – “Jangan Suka Sangat, Awak Belum Lepas Lagi Tau”
Radin “Prank” Syafiq Kyle Sebelum Akad
Sebelum ini kecoh apabila Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dikatakan telah merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan.
Sah Bergelar Suami Isteri

Walaupun tidak menjelaskan dengan terperinci sebab-sebab pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi tetap mengakui hubungan mereka tetap baik sebagai kawan dan tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dalam projek drama atau filem pada masa hadapan.
Namun, pada petang Jumaat yang lalu, kecoh dimedia sosial apabila pasangan pelakon ini telah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh mereka menerusi satu hantaran di Instagram (IG). Dalam foto yang dimuat naik, kedua-duanya kelihatan sangat manis mengenakan pakaian pengantin.
Video Perkhawinan Kecoh Di Media Sosial
Di bahagian kapsyen, Syafiq menyampaikan rasa syukur atas kelancaran majlis pernikahan mereka dan menyatakan betapa bahagianya dia selepas melalui detik istimewa itu.
Video mengenai perkhawinan Syafiq dan Mimi juga mula memenuhi ruang media sosial dan salah satu daripadanya adalah hantaran video daripada Instagram milik Imantag75.
Dalam hantaran video tersebut, kelihatan Radin seolah-olah mengusik Syafiq sebelum dia melakukan akad nikah pada hari yang sama.
Radin Prank Syafiq Kyle
Radin menyatakan bahawa Syafiq akan diminta untuk membaca surah Al-Mulk dan serta merta muka Syafiq terus berubah apabila dikatakan sedemikian.
Pada akhirnya, Radin menjelaskan perkara sebenarnya bahawa apa yang dinyatakan oleh Radin itu hanyalah gurauan semata-mata.
Jangan Suka Sangat, Awak Belum Lepas Lagi Tau
Diruangan komen, rata-rata terhibur dengan gurauan Radin tersebut, malah ada yang menyatakan bahawa Radin jangan terlalu suka sangat kerana gilirannya belum tiba lagi.
Radin “Prank” Syafiq Kyle Sebelum Akad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah