Kilang haram proses sisa elektronik di Telok Panglima Garang dihentikan operasi

Kilang haram proses sisa elektronik di Telok Panglima Garang dihentikan operasi

Kilang haram proses sisa elektronik di Telok Panglima Garang dihentikan operasi
Laporan BH Online, semalam.

KUALA LUMPUR: Kilang memproses sisa elektronik (e-waste) haram dekat Telok Panglima Garang yang diserbu pihak berkuasa semalam, dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya JAS, Azlan Ahmad, berkata tindakan diambil mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bertujuan bagi menghentikan pencemaran.

Katanya, JAS sudah melakukan pemantauan lanjut serta membuat pemeriksaan ke atas kilang terbabit yang berpotensi menyebabkan berlaku pencemaran.

“Siasatan mendapati premis itu telah melakukan perlanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Azlan berkata JAS dalam proses melengkapkan kertas siasatan bagi tindakan perundangan ke atas premis terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Dalam pada itu, katanya sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Semalam, BH melaporkan serbuan terhadap sebuah kilang memproses bahan e-waste yang beroperasi secara haram dekat Telok Panglima Garang, menemukan kira-kira 50 tan anak peluru, kelongsong serta peluru hidup yang disyaki diseludup masuk ke negara ini.

Serbuan dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM serta JAS.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, dilaporkan berkata serbuan hasil daripada maklumat risikan yang mendapati kilang yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun ini melupuskan e-waste secara haram.

Azlan turut dilaporkan berkata, pihaknya mendapati kilang terbabit tidak mempunyai lesen melerai dan melebur barang e-waste serta peluru.

Selain itu, katanya pihak JAS juga mendapati ada melakukan aktiviti meleburkan peluru, selain premis membuat pembakaran terbuka serta kemungkinan pelepasan gas berbahaya.

Kilang haram proses sisa elektronik di Telok Panglima Garang dihentikan operasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker