Sugumaran yakin mampu sumbang kemajuan bola sepak negara
Sugumaran yakin mampu sumbang kemajuan bola sepak negara

Kuala Lumpur: Lima manifesto dikongsikan calon Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk PS Sugumaran yang berharap dapat menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara selepas ini.
Sugumaran yang memiliki pengalaman lebih 14 tahun berkhidmat di Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yakin mampu sama-sama menyumbang dalam usaha memajukan bola sepak negara, sekiranya diberi mandat pada Kongres FAM Sabtu ini.
Antara lima manifesto beliau adalah memperkukuhkan infrastruktur akar umbi dengan menyediakan kemudahan latihan dan pertandingan berkualiti di seluruh negara, dari peringkat sekolah rendah hingga menengah serta meningkatkan kualiti jurulatih dengan melaksanakan program latihan berterusan untuk jurulatih akar umbi sekali gus memastikan mereka berpengetahuan dan mampu membimbing pemain muda dengan efektif.
Tiga lagi aku janji ditawarkan adalah memperbanyakkan pertandingan di peringkat akar umbi, dari daerah hingga kebangsaan; membangunkan bola sepak wanita dan golongan kurang upaya (OKU) selain, melibatkan komuniti dan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung dalam menyokong kemajuan pemain muda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
“Jika saya diberi tanggungjawab di FAM, saya akan memanfaatkan pengalaman ini untuk memastikan pengurusan pertandingan yang lebih sistematik dan berjaya di peringkat nasional.
“Malah, lebih banyak liga kecil dan pertandingan peringkat akar umbi bagi melahirkan lebih banyak pengadil dan pemain berkualiti. Dalam masa sama, saya mahu memberi perhatian khusus kepada pembangunan bola sepak wanita dan OKU, dengan menganjurkan kejohanan dan pertandingan untuk mereka,” katanya kepada Arena Metro.
Untuk rekod, pada tahun lalu, beliau berjaya mengendalikan lebih 1,664 perlawanan dari pelbagai kategori, bermula dari usia 8 tahun hingga liga terbuka, yang menunjukkan kecekapan dan kemahiran beliau dalam pengurusan pertandingan.
Selain memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bolasepak Belia FAS, Sugumaran juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam FAS, antaranya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan.
Kongres pemilihan FAM bakal berlangsung Sabtu ini dengan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dijangka dilantik sebagai Presiden FAM yang baharu menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatannya.
Sugumaran yakin mampu sumbang kemajuan bola sepak negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah