SPRM Johor tahan timbalan pengurus kanan syarikat swasta disyaki minta rasuah

SPRM Johor tahan timbalan pengurus kanan syarikat swasta disyaki minta rasuah

SPRM Johor tahan timbalan pengurus kanan syarikat swasta disyaki minta rasuah

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor memberkas seorang timbalan pengurus kanan sebuah syarikat swasta, malam tadi, kerana disyaki meminta rasuah.

Suspek lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 8 malam.

Difahamkan, suspek disyaki meminta wang rasuah daripada pemilik perniagaan yang berurusan di terminal feri sekitar Johor supaya perniagaan dan operasi syarikat terbabit berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

 

SPRM Johor tahan timbalan pengurus kanan syarikat swasta disyaki minta rasuah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker