11 lagi mayat PATI ditemui dalam kubur besar di tenggara Libya

11 lagi mayat PATI ditemui dalam kubur besar di tenggara Libya

11 lagi mayat PATI ditemui dalam kubur besar di tenggara Libya
Anggota ambulans, perkhidmatan kecemasan dan pasukan keselamatan mengeluarkan mayat pendatang selepas ditemui dalam kubur besar di utara bandar Kufra, Libya. – Foto REUTERS

BENGHAZI: Pihak berkuasa keselamatan Libya menemui sekurang-kurangnya 11 lagi mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam sebuah kubur besar di tenggara negara itu, menurut seorang pegawai keselamatan kepada Reuters semalam.

Jumlah mayat ditemui dalam 39 kubur kini meningkat kepada 55, selepas peguam negara mengesahkan pada Ahad lalu bahawa pihak berkuasa menemui mayat 28 lagi PATI di utara Kufra, sebuah daerah besar, juga di tenggara Libya kira-kira 1,700 kilometer (km) dari ibu negara, Tripoli.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Isnin berkata penemuan mayat terbaharu dalam dua kubur besar di Libya itu menunjukkan wujudnya kesan tembakan maut pada mangsa.

“Kami menjangkakan akan menemui kubur lain semasa operasi pencarian yang masih dijalankan,” kata ketua perkhidmatan yang memerangi migrasi haram di kawasan padang pasir itu, Mohamed Fadil.

Tambah Fadil, mayat-mayat berkenaan telah diberikan nombor dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) telah diambil di hadapan pegawai pendakwa dan jabatan siasatan jenayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Gambar yang dikongsi kepada Reuters oleh seorang sumber keselamatan dari Kufra menunjukkan pihak berkuasa keselamatan dan sukarelawan Bulan Sabit Merah (ICRC) Libya telah mendirikan khemah di padang pasir, dengan garis putih kelihatan di atas tanah menandakan kubur-kubur itu.

Libya menjadi laluan transit bagi PATI yang melarikan diri daripada konflik dan kemiskinan ke Eropah, merentasi laluan berbahaya meredah padang pasir Sahara yang luas dan Laut Mediterranean.

Libya bergolak sejak 2011 susulan kejatuhan pemimpinnya, Muammar Gaddafi, dalam pemberontakan yang disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pada 6 Februari lalu, pengarah keselamatan di wilayah Alwahat di timur Libya menemui 19 mayat PATI dari sebuah kubur besar di Jikharra, manakala ICRC Libya menemui 10 mayat PATI di luar pelabuhan Dila di bandar Zawiya, selepas bot mereka karam. – REUTERS

11 lagi mayat PATI ditemui dalam kubur besar di tenggara Libya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker