NJ Futsal bawa pulang lembu
NJ Futsal bawa pulang lembu
![NJ Futsal bawa pulang lembu](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/lmbu_1739363527.webp)
Melaka: Pasukan NJ Futsal berjaya membawa pulang seekor lembu selepas menjuarai kejohanan Futsal Tertutup Melaka Edisi Ke-2 di Batu Berendam minggu lalu.
Selain lembu, juara juga meraih wang tunai RM3,000 diikuti manakala Pewaka FT di tempat kedua (RM2,000), BRFC ketiga ( RM1,000) dan Bertam Ulu Junior berada di kedudukan keempat (RM500).
Pengerusi penganjur, Amar Musa berkata, kejohanan berkenaan unik kerana menawarkan seekor lembu yang bernilai lebih RM5,000 pada saingan yang disertai 90 pasukan.
Katanya, sebelum ini pada penganjuran siri pertama tahun lalu, kejohanan turut menampilkan kelainan dengan menawarkan hadiah seekor kambing serta wang tunai kepada pasukan juara.
“Apa yang pasti kejohanan ini antara usaha melahirkan generasi sihat dan cergas dalam komuniti malah dalam masa mengeratkan silaturahim tanpa mengira bangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
“Peningkatan penyertaan daripada 84 pasukan tahun lalu kepada 90 pasukan tahun ini membuktikan sukan berkenaan kian popular, justeru pihak kami merancang untuk menawarkan haiwan yang lain pula pada tahun hadapan,” katanya.
NJ Futsal bawa pulang lembu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.