Hasrat berpuasa di kampung isteri tak kesampaian

Hasrat berpuasa di kampung isteri tak kesampaian

Hasrat berpuasa di kampung isteri tak kesampaian
Yusri menunjukkan motosikal yang baru seminggu dibeli secara tunai oleh Mohammad Daud (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan bersama isterinya. – Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

JELEBU: Hasrat suami isteri untuk berpuasa di Sungai Siput, Perak tidak kesampaian apabila mereka maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, Mohammad Daud Karim, 28, Orang Asli suku Temuan dan isterinya Murni Siong, 40, Orang Asli suku Temiar meninggal dunia di tempat kejadian.

Abang kepada Mohammad Daud, Yusman Karim, 29, berkata arwah adiknya bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil barang keperluan di sebuah pasar raya menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Arwah adik memang bercadang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di kampung isterinya di Sungai Siput kerana mempunyai dua anak tiri hasil perkahwinan isterinya yang terdahulu,” katanya ditemui hari ini.

Yusman berkata arwah juga baru seminggu membeli sebuah motosikal terpakai berharga RM3,600 secara tunai untuk kegunaan isterinya.

Difahamkan, jenazah Mohammad Daud akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Geylang manakala jenazah Murni akan dibawa pulang ke Sungai Siput.

Hasrat berpuasa di kampung isteri tak kesampaian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker