5 sekeluarga terselamat MPV terbabas, terbakar

5 sekeluarga terselamat MPV terbabas, terbakar

5 sekeluarga terselamat MPV terbabas, terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah MPV jenis Toyota Estima yang terbabas di Kilometer 7.6 Jalan Jelawang Jeli-Kampung Sungai Batu Dabong, dekat Kuala Krai, petang tadi. – Foto ihsan bomba

KOTA BHARU: Lima sekeluarga terselamat dalam kebakaran sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)

dalam kejadian di Kilometer 7.6 Jalan Jelawang Jeli-Kampung Sungai Batu Dabong, dekat Kuala Krai, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa berusia lapan hingga 53 tahun yang menaiki MPV jenis Toyota Estima itu dalam perjalanan dari Jeli ke Dabong.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Che Mohamad Azwan Che Rahim, berkata sepasang suami isteri bersama tiga anak dalam perjalanan untuk melawat keluarga mereka di Dabong.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, kenderaan dipandu lelaki berusia 53 tahun terbabas melanggar tebing di bahu jalan sebelum terbakar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


“Semua mereka sempat keluar dari kenderaan dan salah seorang daripada penumpang menghubungi bomba pada jam 6.27 petang.

“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan tiba jam 6.37 petang. Operasi terkawal pada jam 6.50 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, MPV berkenaan terbakar 100 peratus dan semua mangsa selamat.

Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Dabong untuk pemeriksaan lanjut.

5 sekeluarga terselamat MPV terbabas, terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker