Remaja lemas di Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting
Remaja lemas di Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting
![Remaja lemas di Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/lemasla_1739264630.jpg)
HULU SELANGOR: Seorang remaja ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, jasad Adam Ashraf Mohd Amir, 19 tahun ditemui 12.44 tengah hari tadi.
Beliau berkata, terdahulu pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.43 pagi.
“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, anggota melakukan ‘surface searching’ di kawasan sekitar dan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Mukhlis berkata, jarak dari lokasi Adam Ashraf dilaporkan lemas dalam lingkungan radius tiga meter.
Menurutnya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan polis untuk tindakan lanjut.
Remaja lemas di Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.