Polis sahkan kejadian lelaki cedera disyaki ditetak di JB

Polis sahkan kejadian lelaki cedera disyaki ditetak di JB

Polis sahkan kejadian lelaki cedera disyaki ditetak di JB
Seorang lelaki cedera terbaring di depan bangunan kedai dipercayai ditetak di kepala di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, hari ini. – Foto tular ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki cedera di kepala dipercayai ditetak dengan sebilah pisau pemotong daging di Jalan Wong Ah Fook di sini, hari ini.

Kejadian di hadapan deretan kedai dekat kawasan tumpuan awam dekat pusat bandar raya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kita ada menerima laporan polis pada jam 2.52 petang tadi. Suspek sudah ditangkap.

“Siasatan sedang dijalankan. Kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


Terdahulu, tular di media sosial beberapa video dan gambar kejadian itu yang memaparkan keadaan mangsa ketika berlumuran darah.

Turut dipaparkan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan gambar suspek sedang tertiarap dengan tangan bergari selepas dipercayai berjaya ditahan.

Mengulas lanjut, Raub berkata mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, sejurus kejadian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Polis sahkan kejadian lelaki cedera disyaki ditetak di JB

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker