Kanak-kanak cedera dipatuk ular bersembunyi di mangkuk tandas
Kanak-kanak cedera dipatuk ular bersembunyi di mangkuk tandas
AMPANG JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dipatuk seekor ular sawa ketika hendak membuang air di rumahnya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati, di sini, tengah hari semalam.
Kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat itu.
Ibunya, Adibah Aziz berkata anak lelakinya itu dipatuk ular berkenaan ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.
“Masa itu saya sedang memasak di dapur sebelum terdengar anak saya menjerit dan meluru keluar dari bilik dengan darah sedang menitik-nitik.
“Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
“Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah,” katanya kepada BH lewat malam tadi.
Adibah berkata, anaknya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.
“Hadi mengalami kecederaan pada celah kelengkang dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu. Alhamdulillah doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil.
“Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” katanya.
Sementara itu, APM Daerah Gombak memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi pada jam 12.45 tengah hari sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Empat anggota mengangkap ular berkenaan sebelum membawanya kembali ke pejabat mereka.
Kanak-kanak cedera dipatuk ular bersembunyi di mangkuk tandas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.