Tolong selamatkan gelanggang daif, bahaya
Tolong selamatkan gelanggang daif, bahaya
![Tolong selamatkan gelanggang daif, bahaya](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/ten2_1739196159.jpg)
Kuala Lumpur: Sungguh menyedihkan melihat apa yang dilalui oleh barisan atlet pembangunan tenis Kuala Lumpur apabila terpaksa beraksi di gelanggang yang ‘berisiko’ di Kompleks Sukan Titiwangsa.
Dahulunya kompleks ini cukup gah dan antara yang tercantik di negara ini namun kini keadaan sangat menyedihkan dan hampir tidak boleh digunakan lagi.
Mereka tiada pilihan lain selain berlatih di gelanggang berkenaan berikutan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan seperti sewa yang tinggi di gelanggang lain dan jika dilihat oleh mata kasar ia boleh mendatangkan kecederaan apabila ada yang pecah dan berlumut.
Ketika sukan pickleball semakin mendapat perhatian, adakah sukan tenis bakal terkubur dan di anak tirikan.
Itu persoalan yang mula bermain di fikiran ramai peminat sukan tenis di negara ini apabila pelbagai usaha dilakukan oleh Persatuan Lawn Tenis Kuala Lumpur (Tenis KL) termasuk mengemukakan permohonan penurapan semula kepada pihak berkuasa termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) namun terus dipandang sepi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Setiausaha Kehormat Tenis KL, Maria Ghazali berharap pihak berkuasa dapat membuka mata untuk menyelamatkan gelanggang berkenaan demi pembangunan sukan tenis negara.
Kata Maria, Tenis KL menjalankan program pembangunan junior kini berada dalam delima apabila daripada 10 gelanggang milik DBKL ini hanya empat yang boleh digunakan selebihnya mengalami keretakan yang serius, tidak rata, dan dipenuhi lumut yang licin.
“Kami berterima kasih kepada DBKL kerana membenarkan kami menggunakan gelanggang ini untuk menjalankan program pembangunan kami namun keadaan gelanggang semakin teruk.
“Daripada 10 hanya empat boleh digunakan itupun kerana ia pernah diturap semula semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 (2020-2021) enam lagi langsung tak boleh digunakan sebab ada yang pecah, berlumut, rosak dan macam-macam lagi.
“Kami menjalankan program pembangunan tanpa keuntungan untuk pemain muda dan setiap Sabtu dan Ahad antara 60 hingga 70 pemain hadir dan memiliki gelanggang dalam keadaan seperti ini adalah sangat berbahaya untuk kanak-kanak ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
“Kami juga tidak dapat menganjurkan pertandingan junior kebangsaan atau antarabangsa yang sangat penting untuk pembangunan disebabkan oleh keadaan serta spesifikasi gelanggang yang tidak memenuhi piawaian ITF,” katanya.
Maria yang mewakili suara komuniti peminat tenis berharap tindakan segera dapat diambil oleh DBKL ataupun KBS untuk membaik pulih gelanggang-gelanggang ini demi kemajuan sukan tenis negara.
Untuk rekod gelanggang di Titiwangsa adalah antara aset DBKL dan DBKL sebelum ini sudahpun membaik pulih gelanggang mereka di Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail, jadi mengapa tidak di Titiwangsa juga?
Tegas Maria, jika tidak dapat membaik pulih semua gelanggang serentak, beliau memohon untuk melakukannya secara berperingkat kerana memahami ia menelan belanja yang tinggi.
Gelanggang di Kompleks Sukan Titiwangsa dibina pada akhir 1970-an dan pernah menjadi tuan rumah pelbagai pertandingan sebelum pembukaan Pusat Tenis Kebangsaan di Jalan Tuanku Abdul Halim (dahulunya Jalan Duta) pada 1980-an.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Program pembangunan Tennis KL yang kukuh membuahkan hasil di Sukan Malaysia (Sukma).
Wilayah Persekutuan menamatkan penantian selama 30 tahun untuk meraih pingat emas apabila mereka memenangi kategori pasukan campuran – dengan pasukan yang purata usianya 16 tahun – serta beregu lelaki (Darrshan Kumar-Leroy Yong) di Sukma Sarawak tahun lalu.
Darrshan juga memenangi gangsa dalam acara perseorangan lelaki.
Tolong selamatkan gelanggang daif, bahaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.