Sekurang-kurangnya 51 maut bas terjunam ke gaung di Guatemala
Sekurang-kurangnya 51 maut bas terjunam ke gaung di Guatemala
![Sekurang-kurangnya 51 maut bas terjunam ke gaung di Guatemala](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/GUATEMALA-ACCIDENT_1739234710.jpg)
Guatemala City: Sekurang-kurangnya 51 orang maut di Guatemala City pada Isnin apabila sebuah bas merempuh penghadang jalan dan terjunam ke dalam gaung, menurut pasukan penyelamat.
Insiden ini salah satu kemalangan jalan raya terburuk di Amerika Latin dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Jabatan bomba perbandaran melaporkan mayat 51 mangsa sudah dikeluarkan daripada bas yang membawa lebih daripada 70 penumpang sebelum terjunam dari sebuah jambatan ke dalam sungai yang tercemar dengan sisa buangan.
Victor Gomez, jurucakap kumpulan bomba sukarela yang terbabit dalam operasi menyelamat, mengesahkan “51 mayat ditempatkan di bilik mayat sementara.”
Pasukan penyelamat juga berjaya mengeluarkan 10 mangsa yang cedera dari bas itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Presiden Guatemala Bernardo Arevalo meluahkan dukacita atas tragedi itu dan mengisytiharkan tempoh berkabung nasional, walaupun tempoh pastinya belum ditetapkan.
“Hari ini adalah hari yang sukar bagi Guatemala,” katanya.
Jabatan bomba menjelaskan pemandu bas hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan kecil dan akhirnya terjunam ke dalam gaung.
“Bas itu terus bergerak, merempuh pagar besi dan jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter sebelum mendarat di sungai yang tercemar dengan sisa kumbahan,” kata Carlos Hernandez daripada jabatan bomba kepada wartawan.
Imej yang dirakam oleh AFPTV menunjukkan barisan anggota bomba mengangkat mayat yang ditarik keluar dari air keruh yang dipenuhi sampah dan mengeluarkannya dari situ menggunakan pengusung.
Menurut media tempatan, bas itu dalam perjalanan ke Guatemala City dari San Agustin Acasaguastlan, sebuah bandar di wilayah El Progreso, kira-kira 90 kilometer di timur laut ibu negara.
Menteri Komunikasi Miguel Angel Diaz menyatakan siasatan awal mendapati bas itu sudah berusia 30 tahun tetapi masih memiliki lesen operasi.
Dia menambah punca sebenar kemalangan yang berlaku awal pagi itu masih belum diketahui dan penyiasat sedang menyelidik sama ada bas itu membawa lebihan penumpang.
Kemalangan jalan raya yang mengorbankan berpuluh-puluh nyawa adalah perkara biasa di Amerika Tengah dan Selatan.
Pada Januari 2018, 52 orang maut di Peru apabila sebuah bas terjunam dari tebing ke sebuah pantai di utara ibu kota Lima.
Sementara itu, pada Mac 2015, 54 orang maut di Brazil dalam nahas bas pelancong di negeri selatan Santa Catarina.
Sekurang-kurangnya 51 maut bas terjunam ke gaung di Guatemala
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.