Masuk hari ke-14, pemandu trak jatuh dalam lubang benam belum ditemukan

Masuk hari ke-14, pemandu trak jatuh dalam lubang benam belum ditemukan

Masuk hari ke-14, pemandu trak jatuh dalam lubang benam belum ditemukan
SAIZ lubang benam berkenaan pada 28 Januari 2025. FOTO Kyodo/ Reuters

Saitama (Jepun): Pasukan bomba Jepun pada Ahad menamatkan operasi mencari seorang lelaki yang hilang selepas trak dipandunya terjatuh ke dalam lubang benam berhampiran Tokyo hampir dua minggu lalu, dengan tumpuan kini beralih kepada saluran pembetungan bawah tanah.

Pasukan penyelamat gagal mengesan pemandu berusia 74 tahun itu yang dipercayai terperangkap sejak lubang benam muncul di sebuah persimpangan di Yashio, Wilayah Saitama, pada 28 Jan lalu.

Pada Ahad pagi, pasukan bomba mengerahkan jentera berat menggunakan tanjakan atau ‘ramp’ untuk memasuki lubang benam dan mula mengalihkan lumpur serta serpihan.

Bagaimanapun, operasi terpaksa dihentikan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan lanjut, kata pihak berkuasa.

Kerajaan wilayah memaklumkan bahawa lelaki berkenaan mungkin berada di dalam saluran pembetungan selepas pasukan penyelamat menemukan struktur yang dipercayai sebagai kabin trak dalam saluran itu, kira-kira 100 hingga 200 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.

Lubang benam terus melebar sejak ia mula terbentuk, malah bercantum dengan satu lagi lubang berdekatan, menjadikannya kini berukuran sekitar 40 meter lebar dan sedalam 15 meter.

Masuk hari ke-14, pemandu trak jatuh dalam lubang benam belum ditemukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker