Ketua balai bomba direman bantu siasatan tuntutan palsu elaun kehadiran

Ketua balai bomba direman bantu siasatan tuntutan palsu elaun kehadiran

Ketua balai bomba direman bantu siasatan tuntutan palsu elaun kehadiran
Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perlis direman sehingga Ahad ini, bagi membantu siasatan SPRM berhubung tuntutan palsu membabitkan elaun kehadiran anggota bomba bantuan mencecah RM30,000 di negeri itu. – Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR

KANGAR: Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perlis direman sehingga Ahad ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu membabitkan elaun kehadiran anggota bomba bantuan mencecah RM30,000 di negeri itu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar pada jam 10.15 pagi tadi.

Suspek berusia 49 tahun dan bertugas sebagai ketua balai bomba dan penyelamat di sebuah balai di negeri itu sebelum itu ditahan kira-kira jam 4.20 petang semalam di Pejabat SPRM Negeri Perlis selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

Sumber SPRM berkata, siasatan menjurus kepada tuntutan palsu yang membabitkan elaun kehadiran anggota bomba bantuan yang bernaung di bawah JBPM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


“Suspek dipercayai akan mengesahkan kehadiran anggota bomba bantuan ini yang sebenarnya tidak hadir di mana segala pengesahan kehadiran anggota bomba bantuan ini kemudian akan dituntut oleh suspek untuk tujuan menerima elaun kehadiran.

“Elaun kehadiran anggota bomba ini juga dibayar sebanyak RM96 sehari dan tuntutan ini juga dipercayai membabitkan 15 anggota dengan tuntutan mencecah sekitar RM30,000,” katanya ketika ditemui di mahkamah itu hari ini.

Katanya, segala tuntutan ini dilakukan bermula pada September 2023 hingga Februari tahun lalu.

“Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasanya dengan meminta semula segala elaun yang dituntut itu daripada anggota bomba bantuan terbabit sebagai bayaran semula terhadap pengesahan yang dilakukan.

“Transaksi dipercayai dilakukan secara tunai dan juga dalam talian dan ia adalah untuk kegunaan peribadinya namun kita masih menyiasat jumlah transaksi yang dilakukan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM kerana mengemukakan tuntutan palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Ghani mengesahkan penahanan suspek.

Ketua balai bomba direman bantu siasatan tuntutan palsu elaun kehadiran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker