Kereta terbakar selepas berlanggar, lapan termasuk lima sekeluarga selamat
Kereta terbakar selepas berlanggar, lapan termasuk lima sekeluarga selamat
![Kereta terbakar selepas berlanggar, lapan termasuk lima sekeluarga selamat](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/terbakar_1739245142.jpg)
BALIK PULAU: Lapan termasuk lima sekeluarga cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Jalan Tun Sardon, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 2.30 pagi itu, kedua-dua kereta dikatakan berlanggar antara satu sama lain sebelum terbabas dan terbakar.
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang melalui jalan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga dengan kereta Mercedes A250 Sport yang dinaiki tiga lelaki berusia 21 tahun.
Katanya, mengikut siasatan awal, ketika tiba selekoh di laluan berkenaan, kereta Mercedes A250 Sport yang datang dari arah Balik Pulau menghala ke Georgetown hilang kawalan lalu merempuh Perodua Alza di laluan bertentangan.
“Akibat pelanggaran itu kedua-dua kenderaan terbabit terbabas dan terbakar di tempat kejadian.
“Api berjaya dipadam pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Sazalee berkata, kedua-dua kenderaan terbakar keseluruhannya.
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, cuaca dalam keadaan baik dan keadaan jalan raya juga kering.
“Kesemua mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.
Kereta terbakar selepas berlanggar, lapan termasuk lima sekeluarga selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.