IOC tanggung akibat gara-gara benarkan ‘petinju lelaki’ bertanding

IOC tanggung akibat gara-gara benarkan ‘petinju lelaki’ bertanding

IOC tanggung akibat gara-gara benarkan 'petinju lelaki' bertanding
IMANE Khelif raih emas di Sukan Olimpik Paris tahun lalu. FOTO REUTERS

Lausanne: Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berhubung penyertaan atlet Algeria, Imane Khelif dan Lin Yu-ting dari Taiwan pada temasya Olimpik tahun lalu.

Kedua-dua petinju wanita itu dikecualikan daripada Kejohanan Dunia IBA 2023 selepas gagal dalam ujian jantina, namun IOC membenarkan mereka bertanding dan kedua-duanya akhirnya memenangi pingat emas di Paris.

IOC menguruskan acara tinju di Paris susulan pengguguran IBA daripada pergerakan Olimpik berikutan isu kewangan dan etika.

Dalam kenyataan yang mengaitkan tindakan mereka dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mahu melarang atlet transgender bertanding dalam acara sukan wanita, IBA menyatakan bahawa mereka sedang “mengemukakan aduan rasmi kepada Peguam Negara Switzerland… berhubung tindakan IOC.”

IBA turut menambah bahawa mereka akan mengemukakan aduan sama di Perancis dan Amerika Syarikat.

“Arahan Presiden Trump untuk melarang atlet transgender bertanding dalam acara sukan wanita mengesahkan usaha IBA dalam melindungi integriti sukan wanita,” kata Presiden IBA, Umar Kremlev.

IOC tanggung akibat gara-gara benarkan ‘petinju lelaki’ bertanding


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker