Guru tikam murid 8 tahun hingga maut di Korea Selatan

Guru tikam murid 8 tahun hingga maut di Korea Selatan

Guru tikam murid 8 tahun hingga maut di Korea Selatan
POLIS dirakam berada di sebuah sekolah di Daejeon, lokasi seorang guru menikam murid perempuan sehingga maut, pada Isnin. Foto Yonhap/AFP

Seoul: Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.

Guru itu, seorang wanita berusia 40-an, mengaku melakukan jenayah itu selepas pegawai polis menemukan dia dan kanak-kanak itu dalam keadaan berlumuran darah di sekolah rendah di bandar Daejeon pada petang Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun kemudian disahkan meninggal dunia, menurut laporan itu.

Guru itu mengalami luka tikaman di leher dan lengan, yang menurut pegawai mungkin kecederaan yang diakibatkan oleh perlakuannya sendiri, lapor agensi berita itu lagi.

“Polis mendapati guru itu pernah mengambil cuti sakit kerana kemurungan dan kembali bertugas di sekolah itu pada akhir tahun lalu,” kata laporan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan


Mangsa berada di sekolah untuk program penjagaan selepas waktu persekolahan sebelum dia dijadual menghadiri kelas seni di sebuah institusi swasta.

Guru dan murid itu ditemukan oleh polis sekitar 6 petang (0900 GMT) selepas ibu bapa kanak-kanak itu melaporkan kehilangannya kerana tidak hadir ke kelas seni.

Guru berkenaan sudah menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya dan polis berkata mereka akan meneruskan siasatan selepas keadaannya stabil, menurut Yonhap.

Korea Selatan secara umumnya sebuah negara yang sangat selamat, dengan kadar pembunuhan sebanyak 1.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, menurut statistik rasmi – lebih rendah daripada purata global iaitu enam kematian akibat pembunuhan bagi setiap 100,000 orang.

Namun, negara itu menyaksikan beberapa kejadian jenayah ganas berprofil tinggi pada 2023, termasuk beberapa insiden tikaman.

Pada Ogos tahun itu, seorang guru sekolah menengah dilaporkan diserang dengan pisau di Daejeon, kira-kira 140 kilometer di selatan ibu kota Seoul.

Pada minggu yang sama, seorang penyerang memandu kereta ke laluan pejalan kaki di bandar Bundang, berhampiran Seoul, sebelum menyerang orang ramai di sebuah pusat membeli-belah dengan pisau.

Pada JuDan lai 2023, seorang individu terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu lagi insiden tikaman di Seoul.

Guru tikam murid 8 tahun hingga maut di Korea Selatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker