Buktikan Man City masih ‘istimewa’ – Guardiola
Buktikan Man City masih ‘istimewa’ – Guardiola
![Buktikan Man City masih 'istimewa' - Guardiola](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/city322_1739198914.webp)
Manchester: Pep Guardiola mencabar Manchester City untuk membuktikan mereka masih mempunyai ‘sesuatu yang istimewa’ dalam pertembungan blockbuster Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, walaupun mengharungi musim yang tidak menentu selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kedua-dua kelab itu bertemu dalam pertandingan elit Eropah untuk musim keempat berturut-turut, tetapi kali ini lebih awal selepas kedua-duanya gagal menyerlah dalam fasa liga baharu.
City berjaya mara ke pusingan seterusnya di kedudukan ke-22 daripada 36 pasukan dengan kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Club Brugge, manakala juara bertahan Real Madrid menamatkan saingan di tempat ke-11.
Guardiola mengakui dalam sidang media pra-perlawanan hari ini bahawa pasukannya, yang muncul juara Eropah pada 2023, ‘jauh sekali’ daripada prestasi sebenar.
Real Madrid, juara Eropah sebanyak 15 kali, berjaya meraih status pasukan pilihan untuk perlawanan kalah mati, sekali gus mendapat kelebihan menjadi tuan rumah pada aksi kedua.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Guardiola mengakui kelebihan itu berpihak kepada pasukan Sepanyol itu.
“Apabila anda menamatkan saingan di tempat ke-22 (daripada 24 pasukan yang layak), anda tidak boleh meminta sebarang keistimewaan, anda tidak boleh meminta sesuatu yang anda tidak layak terima,” kata Guardiola menjelang aksi pertama di Etihad pada Selasa.
“Saya sentiasa percaya dalam bola sepak, anda perlu layak mendapatnya dan kami tidak layak mendapatnya,” kata Guardiola menjelang aksi pertama di Etihad, Rabu ini.
Pengendali dari Catalonia itu tetap yakin dengan pasukannya selepas satu dekad penuh kejayaan, meskipun mereka bergelut musim ini akibat kecederaan pemain serta kemerosotan prestasi.
City sudah memenangi enam daripada tujuh gelaran Liga Perdana terakhir, termasuk empat musim berturut-turut, tetapi mereka kini berada di tangga kelima dan secara realistik hampir terkeluar daripada persaingan kejuaraan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
“Saya tidak akan menafikan kepercayaan saya terhadap pemain yang sudah memberikan kami satu dekad yang luar biasa, memenangi banyak kejuaraan dan bermain di tahap tertinggi. Saya tahu apa yang kami mampu lakukan.
“Pasukan ini mempunyai sesuatu yang istimewa dan semoga kami dapat membuktikannya nanti,” katanya.
Buktikan Man City masih ‘istimewa’ – Guardiola
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
You must be logged in to post a comment.