Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
Sekiranya dijawab secara terus soalan bolehkah Gag Order yang dikeluarkan oleh mahkamah menutup mulut ahli parlimen, jawapannya boleh.
YDP Dewan Rakyat atau Speaker Parlimen mempunyai kuasa untuk mengekalkan peraturan dan ketertiban dewan.
Termasuk melarang ahli parlimen dari membahaskan isu-isu tertentu, terutamanya prosiding yang masih berjalan di mahkamah.
Kerana perbahasan terbuka terhadap prosiding yang masih berjalan di mahkamah, dikhuatiri akan mempengaruhi keputusan mahkamah.
Ianya boleh dianggap sebagai subjudis.
Persoalannya, apakah prinsip subjudis masih lagi boleh diguna pakai dalam sistem kehakiman di Malaysia?
Apakah Prinsip Subjudis Masih Relevan?
Sebelum tahun 1995, keputusan sama ada Orang Kena Tuduh (OKT) itu bersalah atau pun tidak, akan ditentukan oleh barisan juri.
Juri adalah individu dari luar sistem kehakiman yang dilantik untuk membuat keputusan dalam perbicaraan.
Mereka mempunyai akses yang cukup luas kepada media massa dan terdedah kepada perbincangan atau perbualan orang awam.
Dengan kedudukan juri sebegitu, dikhuatiri keputusan yang akan dibuat dalam perbicaraan akan dipengaruhi oleh apa yang mereka baca dan dengar di luar kamar mahkamah dan bukannya berdasarkan kepada fakta perbicaraan.
Di sinilah pentingnya untuk mahkamah mengeluarkan Gag Order untuk memastikan keputusan yang adil dapat diputuskan.
Tetapi di Malaysia, sistem juri sudah dimansuhkan pada 1 Januari 1995.
Ianya telah digantikan dengan sistem rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Dan hakim yang mengetuai perbicaraan adalah penentu tunggal sama ada OKT bersalah atau tidak.
Jadi di mana relevannya prinsip subjudis di dalam sistem kehakiman di Malaysia sekarang ini?
Apakah Ada Asas Untuk Speaker Parlimen Mengeluarkan Arahan Larangan?
Ketika Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, membahaskan titah YDP Agong, Speaker Parlimen, Johari Abdul, telah mengeluarkan larangan dari membincangkan isu titah adendum.
Alasan yang digunakan oleh Johari adalah kerana perbicaraan mengenai titah adendum masih lagi berjalan di mahkamah dan ianya boleh dianggap sebagai subjudis.
Antara alasan lain yang diberikan adalah perintah Gag Order sudah pun difailkan oleh Jabatan Peguam Negara.
Pertama, prinsip subjudis itu sendiri sudah menjadi tandatanya sama ada ianya masih relevan.
Kedua, mahkamah belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak perintah Gag Order yang dipohon.
Kalau pun diandaikan mahkamah sudah membenarkan perintah Gag Order, yang dilarang untuk dibincangkan adalah merit kes.
Isu sama ada titah tersebut wujud atau pun tidak, sudah diputuskan oleh mahkamah.
Yang sedang hangat dibincangkan dan ingin dibahaskan oleh Hamzah adalah isu mengapa hampir setahun titah tersebut tidak dizahirkan?
Siapa yang menyembunyikan titah tersebut?
Mengapa kerajaan mengambil sikap membisu dari memberi pencerahan mengenainya?
Ia tiada kaitan dengan merit kes sama ada titah terswbut wujud atau tidak kerana ianya sudah menjadi akademi.
Jadi, apa asas Johari mengeluarkan arahan tersebut?
Jangan berselindung di sebalik prinsip subjudis atau pun Gag Order.
Rakyat mahu tahu, siapakah yang bertanggungjawab menyembunyikan perkara tersebut.
Ini adalah titah dari institusi tertinggi negara.
Dengan sengaja mahu mengabaikannya merupakan penderhakaan yang nyata kepada institusi Raja Raja Melayu.
Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.