Pesara rugi hampir RM230,000 diperdaya individu menyamar polis, pegawai kesihatan
Pesara rugi hampir RM230,000 diperdaya individu menyamar polis, pegawai kesihatan
![Pesara rugi hampir RM230,000 diperdaya individu menyamar polis, pegawai kesihatan](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/polis_logo_report_1738811403.jpg)
KUANTAN: Seorang pesara mengalami kerugian RM229,606 selepas dipedaya individu menyamar wakil ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan diterima semalam, lelaki berusia 58 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai wakil dari ibu pejabat KKM Putrajaya pada 25 November lalu.
Katanya, suspek memaklumkan mangsa dikatakan mengambil ubat secara berlebihan dan siasatan polis akan dibuat terhadap mangsa.
“Mangsa kemudiannya berkomunikasi dengan pegawai polis yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Hakim yang memaklumkan mangsa terbabit dalam dua kegiatan jenayah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
“Mangsa diarahkan untuk memasukkan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya ke dalam satu kotak kecil dan diletakkan di atas tong sampah berhadapan sebuah kedai serbaneka di Pekan sebelum polis mengambil kad itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Semalam, mangsa pergi ke bank dan mendapati sebanyak 85 transaksi pemindahan wang keluar daripada akaun yang berjumlah RM229,606 yang juga wang simpanan.
“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Dalam kes ini, saya menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak Polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.
Pesara rugi hampir RM230,000 diperdaya individu menyamar polis, pegawai kesihatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.