Bersembunyi di sebalik alasan bukan cara kami – Flick
Bersembunyi di sebalik alasan bukan cara kami – Flick
![Bersembunyi di sebalik alasan bukan cara kami - Flick](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/FBL-ESP-LIGA-BARCELONA-ALAVES_1738770249.webp)
Barcelona: Pengurus Barcelona, Hansi Flick, menyatakan bahawa pasukannya tidak akan bersembunyi di sebalik ‘alasan’ selepas musuh tradisi mereka, Real Madrid, mengkritik pengadilan di Sepanyol berikutan kekalahan mengejut dalam La Liga.
Real Madrid tewas 0-1 kepada Espanyol yang sedang berjuang untuk kekal dalam liga dan kemudiannya menghantar surat bantahan kepada persatuan bola sepak Sepanyol mengutuk corak pengadilan negara itu sebagai ‘teruk’ dan ‘tercemar’.
Real kecewa selepas pertahanan Espanyol, Carlos Romero, terlepas layangan kad merah kerana menjatuhkan penyerang Kylian Mbappe dan kemudian menjaringkan gol kemenangan.
“Ini (menghantar surat) adalah pilihan mereka, mereka melakukannya seperti itu, tetapi bukan cara kami – saya kata tiada alasan dan kami akan melakukannya seperti itu,” kata Flick dalam sidang media menjelang perlawanan suku akhir Copa del Rey menentang Valencia.
“Setiap kelab mempunyai sebab untuk berkata sesuatu. Kita manusia, perkara itu normal dalam kehidupan, setiap orang membuat kesilapan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
“Pengadil mempunyai pekerjaan yang sukar. Kita perlu menjaga mereka, situasi ini tidak mudah… Apabila saya tiba, saya katakan tiada alasan, tiada aduan dan tiada menyalahkan, saya tidak suka itu.”
Real kekal di puncak La Liga dengan kelebihan satu mata berbanding Atletico Madrid, yang akan mereka temui pada hujung minggu ini dalam saingan liga.
Pasukan kendalian Carlo Ancelotti ini akan beraksi menentang Leganes dalam Copa del Rey, sementara Atletico menewaskan Getafe 5-0 untuk mara ke separuh akhir.
Barcelona, yang memegang rekod dengan 31 kejuaraan Copa del Rey, menewaskan Valencia 7-1 dalam La Liga pada Januari, tetapi Flick berkata perlawanan di Mestalla akan lebih sukar.
“Suasana (di sana sebelum ini) sungguh luar biasa, mereka menekan dengan baik, dan ia tidak mudah untuk menang di sana, dan saya rasa ia akan sama esok,” tambah Flick.
“Ia perlawanan piala dan anda tidak boleh menang trofi esok tetapi anda boleh kehilangan satu, dan ini yang kami tidak mahu lakukan.”
Bersembunyi di sebalik alasan bukan cara kami – Flick
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.