Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?

 

Ada rakan penulis mengatakan demokrasi di Malaysia kini sudah dikuburkan oleh politikus-politikus yang rakus kepada kuasa.

Bagi politikus-politikus tersebut, amalan demokrasi hanyalah sekadar lip service.

Mereka ibarat ayam jantan yang berkokok berderai-derai, tetapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi.

Sekiranya politikus dari parti seteru mencabul prinsip demokrasi, mereka akan menjadi pemimpin yang terpaling marah kerana amalan demokrasi dicabul.

Tetapi apabila mereka sendiri yang mencabul prinsip demokrasi, pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkannya.

Demokrasi bermaksud sistem pemerintahan di mana kuasa tertinggi berada di tangan rakyat.

Dan prinsip paling asas dalam demokrasi adalah Kedaulatan Rakyat.

Rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin mereka dan membuat keputusan bagaimana mereka ingin diperintah.

Secara peribadi, penulis bersetuju sebahagian dari apa yang dikatakan oleh rakan penulis.

Namun untuk mengatakan demokrasi di negara kita sudah mati sepenuhnya, penulis kurang bersetuju.

Kita masih mengamalkan sistem pilihanraya yang akan ditentukan oleh rakyat keputusannya.

Namun begitu, penulis bersetuju sekiranya dikatakan amalan demokrasi di negara kita semakin parah diinjak olej politikus yang rakus kepada kuasa.

Bukti yang sangat jelas dapat dilihat apabila hampir kesemua parti politik di Malaysia menutup ruang pertandingan untuk beberapa jawatan tertinggi dalam pemilihan parti.

Dalam pemilihan parti ketika Persidangan Agung UMNO 2022 atau PAU 2022, UMNO membuat keputusan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Alasasn yang diberikan adalah untuk mengelakkan perpecahan dalaman parti ketika pilihan raya umum berada di ambang pintu.

Namun dalam PRU 15, telah menyaksikan UMNO hanya memenangi 26 kerusi parlimen, pencapaian terburuk dalam sejarah UMNO.

PAS dan PPBM telah mengkritik keras keputusan UMNO tidak pertndingkan 2 jawatan tertinggi parti.

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, dengan lantangnya berkata, demokrasi di dalam UMNO sudah mati.

Tetapi ironisnya, 2 parti utama dalam Perikatan Nasional, PAS dan PPBM juga tidak pertandingkan jawatan tertinggi parti.

Terkini, PKR pula sedang mengadakan perbincangan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Risiko Yang Akan Di Hadapi Akibat Pencabulan Prinsip Demokrasi

 

Prinsip demokrasi yang dicabuli boleh membawa kesan yang signifikan kepada rakyat dan negara.

Rakyat akan hilang kepercayaan kepada kerajaan dan ini boleh membawa kepada ketidakstabilan sosial dan politik.

Golongan minoriti yang ditindas dengan menafikan hak mereka akan bangkit dengan pelbagai cara untuk menuntut kembali hak mereka.

Negara akan mengalami krisis politik yang sangat serius dan negara kita sebenarnya sudah pernah mengalaminya.

Ketidakstabilan politik akan mengakibatkan pelabur asing hilang kepercayaan untuk melabur di negra kita dan ini boleh mengakibatkan krisis ekonomi yang serius.

Institusi yang melambangkan sistem demokrasi di negara kita seperti parlimen akan diperlekehkan dan ditertawakan oleh dunia.

Maruah negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan bebas akan dipersoalkan oleh dunia dan ini akan mengundang campurtangan kuasa asing.

Politikus mesti menghormati prinsip demokrasi sekiranya mereka mahu dihormati oleh rakyat dan dunia.

Apa artinya jawatan dan kuasa sekiranya tidak disertai dengan mandat yang sah dari rakyat atau ahli parti.

 

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker