Selangor FC jumpa PDRM di final Piala Cabaran

Selangor FC jumpa PDRM di final Piala Cabaran

Selangor FC jumpa PDRM di final Piala Cabaran
PENYERANG Selangor, Roni Fernandez (kiri) berebut bola dengan Vitor pada perlawanan malam ini. FOTO SELANGOR FC

Petaling Jaya: Jaringan tunggal pemain import Selangor FC, Alvin Fortes pada separuh masa kedua membolehkan Red Giants melangkah ke final selepas menang 1-0 ke atas Penang FC (agregat 2-0) dalam aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Beraksi di halaman sendiri dalam cuaca baik membolehkan skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi menampilkan aksi lebih meyakinkan berbanding pertemuan mereka sebelum ini.

Sepanjang 45 minit pertama, Red Giants merencanakan beberapa gerakan untuk mendapatkan jaringan pendahuluan, namun gagal menewaskan penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan Nazrel.

Pemain gantian Selangor FC, Zikri Khalili hampir mengukuhkan kedudukan tuan rumah secara agregat, namun percubaan itu terkena tiang.

Pasukan pelawat turut mempunyai peluang menerusi penyerang mereka, Dylan Wenzel-Halls, namun tiang menjadi penghalang pada minit ke-30.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?


Pada babak kedua, Penang FC yang dibimbing Wan Rohaimi Wan Ismail bermula lebih garang dan percubaan Rafael Vitor di depan gol sedikit tersasar.

Anak buah Kinoshi akhirnya memecah kebuntuan apabila lorongan cantik Nooa Laine disudahkan Fortes selepas rembatan lemah kaki kirinya menggegarkan gawang pelawat pada minit ke-65.

Pelawat terus meningkatkan tempo serangan dan mempunyai beberapa peluang terbaik, namun ia gagal disudahkan.

Selangor FC akan bertemu PDRM FC di final selepas menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Selangor FC jumpa PDRM di final Piala Cabaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker