Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan

 

Ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, mengkritik Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Kritikan beliau adalah kerana ada dakwaan terdapat pihak yang cuba campurtangan kebebasan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) atau JAC.

Menurut Tengku Maimun, perbuatan tersebut adalah satu perbuatan jenayah di bawah Seksyen 34 Akta SPK.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM100,00 atau kedua-dua sekali.

Dalam ucapan yang sama, Tengku Maimun juga mengingatkan Anwar mengenai kebimbangan yang pernah beliau suarakan dalam isu campur tangan badan eksekutif dalam pelantikan hakim.

Penulis tidak mahu komen ucapan Tengku Maimun kerana era beliau kini sudah sampai ke penghujung.

Lebih-lebih lagi, pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim Negara juga telah menimbulkan kontroversi isu yang sama.

Ibarat kokok berderai-derai, tetapi ekor sendiri bergeluman tahi.

Selang beberapa hari Tengku Maimun memberikan ucaoan tersebut, beberapa mantan presiden Badan Peguam pula mengeluarkan kecaman yang senada.

Menurut mereka, Kerajaan Madani yang diterajui oleh Anwar Ibrahim kurang berjaya dalam menjaga kebebasan kehakiman.

Mereka membandingkan dengan tiga kerajaan sebelum ini sebagai perbandingan.

“Tekanan yang dikenakan ke atas badan kehakiman dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh kuasa luar jelas kepada ramai di antara kami yang memahami tanda-tanda tersebut.”

“Secara meluas dipercayai bahawa tiga kerajaan sebelum ini lebih menghargai dan menghormati kebebasan kehakiman.”

“Berbanding kerajaan semasa, yang amat mengecewakan,” menurut mereka.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh beberapa bekas presiden Majlis Peguam.

Antaranya Zainur Zakaria, Mah Weng Kwai, Kuthubul Zaman Bukhari, Yeoh Yang Poh, Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Lim Chee Wee, Christopher Leong, dan Steven Thiru.

Penulis bukan penyokong Anwar Ibrahim, apa lagi Tengku Maimun dan lebih jauh lagi Badan Peguam.

Cuma penulis mahu mengingatkan Badan Peguam, rakyat masih belum melupakan Hari Terkejut 1Malaysia di era Dr Mahathir 2.0.

 

Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker