Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
Biar Gambar Berbicara

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Dalam satu kenyataan media UMNO Bahagian Gua Musang, secara tegas meminta perdana menteri dan menteri yang terlibat dengan pengurusan titah adendum supaya bertanggungjawab.

Kenyataan media tersebut turut dikongsi dalam akaun Facebook Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, UMNO Bahagian Gua Musang kesal dan kecewa dengan sikap dan pendirian Perdana Menteri serta mereka yang berkaitan dengan perkara ini.

Termasuk Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang sebelum ini jelas telah menafikan kewujudan titah Addendum ini di dalam Dewan Rakyat serta di luar dewan.

Malah menyatakan titah tersebut sekadar hearsay.

Namun keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan perkara yang sebaliknya.

Ini bermakna, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah memberi maklumat yang salah di dalam Dewan Rakyat.

Ianya boleh disabitkan dengan kesalahan mengelirukan dan membohongi anggota dewan.

UMNO Bahagian Gua Musang berpendapat dan berpendirian, Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri telah dengan sengaja menyembunyikan titah Addendum tersebut.

Dtelah mengkhianati prinsip berterus-terang (Candor Principle) yang sepatutnya dijunjung kerajaan.

Perdana Menteri terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada YDP Agong serta Perlembagaan Persekutuan.

Sebarang keingkaran, menyembunyi atau menafikan titah YDP Agong merupakan suatu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara.

UMNO Bahagian Gua Musang menuntut Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kemelut yang berlaku.

Kenyataan Pra Matang AMK

 

Kenyataan UMNO Bahagian Gua Musang telah disanggah oleh Ahli Majlis Pimpinan PKR, Fahmi Zainol.

Beliau menyifatkan menyifatkan bekas ahli parlimen Gua Musang, Ku Li, menuduh secara melulu dan tidak berasas.

“Kenyataan terbaru Ketua Umno Gua Musang dengan jelas menyebut kesalahan menyembunyikan fakta dan dokumen penting kerajaan.”

“Selain dengan sengaja menghalang keadilan yang merupakan satu tuduhan berat.”

“Kerana tiada isu menyembunyikan fakta mahupun apa-apa dokumen penting kerajaan.”

“Pada 11 Jan lalu Perdana Menteri sudah menerangkan dengan jelas mengenai kronologi yang membawa kepada titah tambahan diraja itu.”

“Penjelasan perdana menteri sekali gus menoktahkan segala tohmahan.”

“Serta dakwaan melampau mengenai kebijaksaan YDP Agong, institusi beraja serta integriti badan kehakiman negara,” dakwa AMK.

Fahmi menggesa Ku Li memohon maaf secara terbuka kepada Anwar atas tuduhannya.

Di Mana Salahnya Kenyataan UMNO Bahagian Gua Musang?

 

Kalau kita baca dengan teliti kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO Bahagian Gua Musang, tidak ada sebarang tuduhan melulu yang dibuat sebagaimana yang didakwa.

Kenyataan tersebut dengan jelas di ambil melalui fakta atas apa yang telah berlaku.

Jadi di mana silapnya dan di manakah tuduhan melulu sebagaimana yang didakwa?

Ku Li bukanlah pemimpin hijau yang baharu tumbuh pucuk di dalam dunia politik.

Sebagai pemimpin yang sarat dengan pengalaman, sudah pasti sebelum sebarang keputusan atau kenyataan dibuat, beliau akan menelitinya.

Untuk pengetahuan pimpinan AMK, sebelum mereka semua wujud di bumi ini, Ku Li sudah bergelumang di dalam dunia politik.

Jasa Ku Li kepada negara tidak terhitung.

Sebelum semua pimpinan AMK dilahirkan, Ku Li sudah memikirkan tentang agama, bangsa  dan tanah air.

Dengan kebijaksanaan Ku Li, Petronas ditubuhkan walau pun terpaksa berhadapan dengan tentangan dari syarikat gergasi O&G.

Apakah seorang yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank) akan bertindak melulu?

Biar cerdik sikit, jangan menyondol membabi buta bila bercakap mengenai seorang negarawan.

 

Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker