Djokovic ‘ajar’ Alcaraz, mara ke separuh akhir
Djokovic ‘ajar’ Alcaraz, mara ke separuh akhir
Melbourne: Novak Djokovic menewaskan pencabar utama, Carlos Alcaraz 4-6, 6-4, 6-3, 6-4 dalam pertarungan sengit yang setanding dengan final, hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan Djokovic mara ke separuh akhir Terbuka Australia dan terus memburu gelaran Grand Slam ke-25.
Dalam babak terbaru perseteruan kedua-duanya di pentas utama, termasuk perlawanan penentuan pingat emas di Sukan Olimpik Paris tahun lalu, Djokovic yang berusia 37 tahun meneruskan penguasaannya di gelanggang ke atas Alcaraz.
Kekalahan terbaru itu memberi tamparan hebat kepada pemain Sepanyol berusia 21 tahun itu, yang juga juara Terbuka Perancis dan Wimbledon, apabila impiannya untuk melakar sejarah selaku pemain lelaki termuda melengkapkan geranan Grand Slam, musnah.
Mempamer aksi seperti orang muda, Djokovic yang juga juara 10 kali di Melbourne Park, menguasai set ketiga sebelum meraih kemenangan mutlak di set keempat.
Djokovic ‘ajar’ Alcaraz, mara ke separuh akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.