Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
Selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kesahihan kewujudan titah adendum YDP Agong ke XVI, dapat kita lihat beberapa menteri yang sebelum ini membisu mula mengeluarkan kenyataan.
Yang paling awal mengeluarkan kenyataan adalah Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution.
Beliau menafikan pernah menerima, apa lagi menyorokkan titah adendum tersebut.
Turut diheret sama dalam sidang media yang diadakan adalah Jabatan Penjara Malaysia untuk menyokong apa yang beliau katakan di dalam sidang media tersebut.
Kemudian keluar pula kenyataan dari Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman Said.
Beliau menggesa ahli UMNO supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu titah adendum tersebut.
“Kalau Mahkamah Rayuan sudah buat keputusan bahawa perlulah Mahkamah Tinggi dipulangkan semula mengenai tentang isu titah itu.”
“Saya nak minta semua daripada parti untuk serahkan semula kepada Mahkamah Tinggi.”
“Pada 13 Januari, Mahkamah Tinggi tetapkan tarikh perbicaraan.”
“Saya minta kita semua tak payah buat spekulasi kerana sekarang ini mahkamah memainkan peranan untuk membuat penentuan.”
“Kita pun tak nak isu subjudis.”
“Maknanya bila dah jadi kes mahkamah banyak komen-komen saya rasa pun tak adil bagi semua pihak,” kata Azalina.
Selepas itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha pula kekuarkan kenyataan.
Beliau menafikan menyembunyikan titah adendum tersebut dan paling seronok sekali adalah beliau berkata tidak pernah melihat titah adendum tersebut.
“Saya tidak sembunyikan apa-apa, malah saya sendiri tidak pernah melihat titah adendum yang diperkatakan itu.”
“Sebenarnya, saya ingin menjelaskan bahawa saya sama seperti menteri lain yang tidak melihat dokumen yang disebut sebagai titah adendum itu.”
“Jadi, saya tidak menyembunyikan apa-apa pun,” kata Dr Zaliha.
Individu yang menjadi tumpuan utama ialah mantan Peguam Negara, Ahmad Teriruddin.
Namun apabila ditanya oleh wartawan, beliau mengambil sikap membisu dari memberi sebarang kenyataan.
Yang terakhir sekali mengeluarkan kenyataan ialah perdana menteri, Anwar Ibrahim.
Beliau mendedahkan titah tersebut diserahkan semula kepada Istana Negara oleh Ahmad Teriruddin atas keputusan beliau sendiri.
Apakah Fungsi Sebenar Peguam Negara, Pengarah Atau Penasihat Undang Undang?
Agak pelik apabila Anwar berkata, Ahmad Teriruddin selaku Peguam Negara ketika itu memulangkan semula titah adendum ke Istana Negara atas keputusan beliau sendiri.
Persoalan yang timbul adalah, apakah fungsi sebenar Peguam Negara?
Adakah sebagai penasihat undang-undang atau pengarah undang-undang kepada YDP Agong dan juga kerajaan?
Hinggakan tanpa memberitahu sesiapa, beliau boleh bertindak bersendirian.
Malah hingga boleh pula memulangkan semula titah yang dikeluarkan oleh YDP Agong!!!
Tindakan Ahmad Teriruddin itu telah menyebabkan keseluruhan jemaah menteri kerajaan berada dalam keadaan tertekan apabila pelbagai pihak menuntut jawapan dari mereka.
Tetapi persoalan yang lebih besar adalah, benarkah Ahmad Teriruddin berani bertindak begitu tanpa memaklumkan kepada jemaah menteri?
Hanya beliau yang tahu jawapannya.
Siapa Peguam Negara untuk menentukan keabsahan titah adendum YDP Agong?
Bukankah satu-satunya institusi yang mempunyai kuasa untuk melakukan begitu adalah mahkamah!!!
Kalau benar seperti apa yang didakwa, maka ini bermakna Ahmad Teriruddin memberitahu kita semua bahawa kuasa Peguam Negara mengatasi kuasa YDP Agong, mengatasi kuasa eksekutif dan juga badan kehakiman.
Tidak cukup dengan itu, kini Peguam Negara memohon pula GAG Order dari mahkamah untuk menutup mulut semua pihak dari membicarakan mengenai titah adendum.
Bukankah Ahmad Teriruddin sudah menunjukkan kepada kita semua bahawa kuasa Peguam Negara mengatasi kesemua institusi di negara ini.
Mengapa Jabatan Peguam Negara tidak keluarkan sendiri GAG Order tersebut?
Mulut Rakyat Boleh Di Bisukan, Tetapi Mampukah Kerajaan Membendung Kemarahan Rakyat?
Sekiranya mahkamah membenarkan, GAG Order boleh dikeluarkan untuk membisukan mulut rakyat.
Tetapi jangan lupa, yang menjadi pertikaian utama sekarang adalah berkaitan dengan kuasa mutlak Raja Raja Melayu.
Kolonial British berjaya menjajah Tanah Melayu kerana mereka menyedari, selagi mereka tidak campurtangan dalam isu agama dan Raja Raja Melayu, orang Melayu akan akur dengan mereka.
Namun begitu, apabila mereka mula mencampuri urusan kuasa Raja Raja Melayu dengan cadangan pembentukan Malayan Union, orang Melayu mula bangkit.
Kenapa orang Melayu bangkit menentang British ketika itu?
Kerana orang Melayu mula menyedari, British sudah mula mahu menghadkan kuasa Raja Raja Melayu.
Pantang anak Melayu sekiranya raja mereka diganggu.
Akhirnya, British bukan sahaja gagal mengurangkan kuasa Raja Raja Melayu, malah kehilangan jajahan ke atas Tanah Melayu buat selama-lamanya.
GAG Order boleh membisukan mulut orang Melayu hingga 2027.
Tetapi mampukah GAG Order membendung kemarahan orang Melayu dalam PRU 16 pada 2027 nanti?
Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
- Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?