PPS terakhir tutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya

PPS terakhir tutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya

PPS terakhir tutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Foto hiasan. – NSTP

JOHOR BAHRU: Banjir di negeri ini pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Pontian ditutup jam 2 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu Raya itu ditutup selepas 17 mangsa daripada empat keluarga dibenarkan pulang ke rumah.

“Sehingga 2 petang tadi, tiada lagi mangsa banjir direkodkan di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini, namun terdapat amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang dijangka pada esok hingga Ahad ini.

Pada masa sama, Sungai Tebrau di sini, merekodkan bacaan 2.35 meter melepasi paras bahaya, manakala Sungai Skudai di sini dan Sungai Pulai di Pontian mencatatkan paras bacaan air sungai melepasi tahap amaran.

Setakat jam 2 petang tadi, semua daerah dilaporkan cerah, kecuali Pontian yang dilanda hujan dan Muar mendung.

PPS terakhir tutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker