Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?

 

Walau pun Mahkamah Rayuan sudah memuktamadkan untuk membenarkan DS Najib meneruskan perbicaraan mendapatkan perintah mandamus di Mahkamah Tinggi, tetapi perbicaraan mengenai titah adendum tersebut terus menjadi hangat di kalangan rakyat.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Bukankah sepatutnya keputusan Mahkamah Rayuan itu dapat meredakan keresahan rakyat yang berlarutan hingga hampir setahun?

Untuk rekod, perintah mandamus yang dipohon oleh DS Najib adalah perintah paksaan oleh mahkamah supaya pihak yang menyorokkannya selama ini menzahirkannya.

Isu sama ada perintah tersebut wujud atau tidak sudah tidak timbul lagi.

Tetapi isu yang timbul sekarang ini ialah siapa yang menyorokkan perintah adendum tersebut selama ini.

Keresahan dan kemarahan rakyat yang timbul sekarang ini adalah kerana respon dari pihak kerajaan sendiri.

Penjelasan Dari Kementerian Dalam Negeri

 

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution mendakwa, kementerian beliau hanya menerima arahan dari Lembaga Pengampunan agar hukuman penjara DS Najib dikurangkan dari 12 tahun kepada 6 tahun.

Selain itu, denda yang dikenakan pula dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta.

Menurut beliau dalam surat arahan tersebut, tidak ada perintah tahanan di rumah untuk DS Najib.

Dalam artikata lain, tiada makluman mengenai titah adendum yang diterima oleh Kementerian Dalam Negeri.

Penjelaan Dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengampunan yang bersidang, Dr Zaliha pula berkata beliau tidak pernah melihat titah adendum tersebut.

Apa yang Dr Zaliha cuba sampaikan?

Adakah beliau masih lagi cuba menafikan kewujudan titah adendum tersebut?

Penjelasan Dari Bahagian Hal Ehwal Undang Undang Jabatan Perdana Menteri

BHEU 1 BHEU 1

 

Bahagaian Hal Ehwal Undang Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri juga dilihat menafikan pernah menerima titah adendum tersebut.

Malah BHEU turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terus membuat spekulasi mengenai kredibiliti BHEU.

Bekas Peguam Negara Kini Menjadi Sasaran Utama

@kakyongshariena

Patutlah isu Titah Adendum jadi kecoh masa dia. Eskalator dah jelas-jelas turun, dia gigih nak panjat juga. Memang jenis tak tentu arah langgar arus, siap nak pertikai kuasa mutlak YDPA lagi. Hebat! #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #fypシ゚ #Addendum

♬ original sound – kakyongshariena – kakyongshariena

 

Mantan Peguam Negara, Ahmad Terirudin, kini menjadi sasaran utama apabila pelbagai pihak dilihat cuba cuci tangan.

Ketika diserbu wartawan untuk mendapatkan penjelasan, beliau terus menutup mulut dan enggan memberikan sebarang komen.

 

Namun, dapatkah beliau menafikan pernah menerima atau melihat titah adendum tersebut apabila kenyataan dari Istana Pahang secara jelas menyebut beliau sebagai penerima?

Kemudian menjelang perbicaraan di Mahkamah Rayuan, sekali lagi Istana Pahang mengeluarkan kenyataan mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.

Keputusan untuk terus mempertikaikan kesahihan titah adendum dengan alasan ianya tidak mengikut proses bukanlah keputusan yang bijak.

Ia akan hanya menambahkan persepsi rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang ibarat kaduk naik junjung.

Dengan kuasa yang sementara yang ada, sanggup mempertikaikan kuasa institusi tertinggi negara.

Sudah ada dahuluan kes di peringkat Mahkamah Persekutuan yang menjelaskan kuasa pengampunan YDP Agong adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Terus memanjangkan kes ini di mahkamah, dikhuatiri akan menimbulkan isu baharu yang tidak sepatutnya timbul.

Proses yang sempurna sudah dipenuhi dalam pengampunan yang diperolehi.

Perbicaraan mahkamah sudah pun disempurnakan hingga peringkat terakhir.

Lembaga Pengampunan berserta korum yang cukup sudah pun bersidang dan dipengerusikan oleh YDP Agong.

Proses undang-undang sudah disempurnakan dan proses belas ikhsan juga sudah disempurnakan.

Jalan terbaik bagi kerajaan untuk meredakan kemarahan rakyat adalah dengan mematuhi titah adendum tersebut.

 

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker