Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, dikatakan dengan berani mengambil risiko apabila memfailkan afidavit menyokong dakwaan kewujudan titah adendum.
Begitu juga dengan Naib Presiden UMNO, DS Wan Rosdy.
Buat seketika, mereka berdua telah dijulang sebagai hero dalam perjuangan keadilan untuk mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak.
Tetapi ada kecacatan di dalam afidavit yang dikemukakan oleh mereka berdua.
Pengetahuan mereka mengenai kewujudan titah adendum tersebut diperolehi dari pihak ketiga, Tengku Zafrul.
Mereka juga gagal mengemukakan mendapatkan pengesahan dari sumber sebenar yang mengeluarkan titah adendum tersebut.
Sedangkan jarak Al Sultan Abdullah bersemayam hanya berada kira-kira dua atau tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Adakah sekiranya mereka cuba mendapatkan pengesahan dari Al Sultan Abdullah, baginda akan menolaknya?
Sudah pasti tidak.
Ini terbukti apabila Istana Pahang melalui Pengelola Bijaya telah mengeluarkan kenyataan pengesahan dari baginda sendiri.
Apa kesan dari keputusan Mahkamah Tinggi yang menganggap kewujudan titah adendum tersebut hanya sebagai hearsay?
Kesannya adalah terhadap DS Najib sendiri yang terus mendapat kecaman dengan tuduhan sengaja mengada-adakan benda yang tidak ada.
Beberapa hari sebelum 6 Januari 2025, UMNO mengumumkan akan membawa akar umbi UMNO dari seluruh pelosok negara ke Istana Kehakiman Putrajaya.
UMNO kononnya telah menyediakan 200 buah bas untuk tujuan tersebut.
Tetapi dengan menggunakan alasan pihak Istana Negara murka, UMNO telah membatalkannya di saat akhir.
Benarkah YDP Agong ke XVII murka?
Kita tidak nampak larangan mengadakan perhimpunan aman dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.
Kesannya, beribu-ribu akar umbi terpaksa membatalkan hasrat untuk ke Putrajaya.
Hendak menyewa bas yang lain, masa terlalu suntuk.
Beranikah Pemimpin UMNO Pusat Buat Laporan Polis?
Kini Mahkamah Rayuan sudah membuat keputusan.
DS Najib dibenarkan meneruskan semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan menzahirkan titah adendum tersebut dan melaksanakannya.
Maksudnya, mahkamah bersetuju titah tersebut sememangnya wujud.
Cuma kita tidak tahu, sekarang ini ianya berada dalam simpanan siapa dan mengapa disembunyikan?
Sekiranya pemimpin UMNO benar-benar ikhlas, arahan laporan polis oleh semua UMNO cawangan dan bahagian mesti dikeluarkan.
Pemimpin UMNO pusat juga mesti membuat laporan yang sama.
Menyorokkan titah perintah Raja Raja Mekayu adalah satu perbuatan jenayah yang sangat serius.
UMNO sering melaungkan akan sentiasa menjaga dan memelihara kedaulatan Raja Raja Melayu.
Kini kedaulatan Raja Raja Melayu sudah dicemar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan derhaka.
Laporan polis mesti dibuat untuk mengheret mereka ke muka pengadilan agar kejadian yan sama tidak berulang lagi.
Tetapi beranikah pemimpin UMNO membuat laporan polis?
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
- Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.