Saman RM3,000 jika langgar lampu merah

Oleh – Syeikh Baran

Saman RM3,000 jika langgar lampu merah

Pemandu yang melanggar lampu isyarat merah dan memandu ke arah yang salah di jalan sehala di Vietnam boleh disaman antara 18 juta dong (RM3,000) hingga-20 juta dong (RM3,505) mulai tahun depan, lapor portal berita VNExpress semalam.

Denda itu meningkat  lebih tiga kali ganda berbanding hanya 4 juta dong (RM701) hingga 6 juta dong (RM1,052) ketika ini.

Pemandu yang ingkar arahan polis trafik akan dikenakan denda sama, demikian menurut perintah terbaharu pihak berkuasa.

Denda bagi kesalahan lalu lintas lain juga meningkat dengan mendadak.

Denda untuk kesalahan membahayakan keselamatan lalu lintas dan menyebabkan kemalangan meningkat daripada 400,000 dong (RM70) hingga 600,000 dong (RM105) kepada 20 juta dong (RM3,507) hingga 22 juta dong (RM3,858).

Pemandu yang ditangkap memandu dengan kaki di atas stereng akan didenda 40 juta dong (RM7,010) hingga 50 juta dong (RM8,763),  meningkat berbanding 10 juta dong (RM1,750) hingga 12 juta dong (RM2,100) pada tahun ini. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker