Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari

Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari

Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari

 

Parti UMNO adalah sebuah wadah perjuangan.

Itulah yang sering dikatakan oleh pemimpin UMNO kepada rakyat dan akar umbi UMNO setiap kali mereka berada di atas pentas politik.

Apa yang diperjuangkan oleh UMNO?

Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyatakan parti itu berjuang mendukung cita-cita Agama Islam,
Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan
Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.

Dan dalam Fasal 3(3) pula menyatakan, UMNO mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membela kepentingan Raja-raja Melayu.

Pada 6 Januari 2025, akan berlaku perbicaraan yang belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara.

Mahkamah akan menentukan sama ada wujud atau pun tidak titah adendum YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah supaya DS Najib diberikan kelegaan hukuman tahanan di rumah.

Sejak dari titah tersebut dikeluarkan oleh YDP Agong ke XVI, UMNO ternyata sudah gagal membela kepentingan Raja Raja Melayu.

Secara tidak langsung, kewujudan titah tersebut telah dinafikan kewujudannya oleh sesetengah pihak.

Benarkah UMNO Membela Kepentingan Raja Raja Melayu?

 

 

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, semasa berhujah di parlimen secara jelas menganggapnya sebagai khabar angin.

UMNO berada di dalam kerajaan dan sebahagian pemimpin UMNO mengisi beberapa jawatan penting dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

Namun selepas Saifuddin menafikan kewujudan titah adendum, pemimpin UMNO, terutamanya yang berada dalam kabinet membisu seribu bahasa.

Suara mereka tidak selantang ketika berada di pentas politik ketika menjelang pilihanraya atau pun Persidangan Agung UMNO.

Akar umbi UMNO tertanya-tanya, bukankah UMNO yang sepatutnya membawa usul perbahasan mengenai kewujudan titah adendum di parlimen.

Mengapa pula PAS yang membawa usul perbahasan tersebut?

Timbul persoalan di kalangan akar umbi UMNO, adakah pemimpin UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan keadilan untuk DS Najib?

DS Najib bukanlah ahli biasa dalam UMNO.

Beliau adalah mantan Presiden UMNO selama lebih dari 9 tahun!!!

Persoalan yang lebih besar adalah, tidakkah menafikan kewujudan titah tersebut adalah ibarat penderhakaan yang nyata kepada institusi Raja Raja Melayu?

Di mana landasan perjuangan UMNO sekarang?

Mengapa tidak ditegur pihak yang secara jelas menderhaka kepada institusi Raja Raja Melayu?

Sekiranya UMNO gagal mempertahankan perlembagaan parti sendiri, apakah pemimpin UMNO sekarang mempunyai kemampuan berjuang untuk rakyat terutamanya orang Melayu?

 

Apakah UMNO Akan Tewas Sekali Lagi Kepada Perikatan Nasional Pada 6 Januari Ini?

 

Perikatan Nasional, terutamanya PAS dan PPBM akan mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Istana Kehakiman.

PAS sememangnya dikenali sebagai sebuah parti yang mampu menggerakkan ahlinya untuk mengadakan perhimpunan.

Bagaimana pula dengan UMNO?

Mampukah pemimpin UMNO melakukan perkara yang sama pada 6 Januari ini?

Atau sekali lagi pemimpin UMNO akan terkulai kepada pemimpin PAS?

Sekiranya ini berlaku, kesan buruk kepada pemimpin UMNO akan menanti di hadapan.

Mereka bukan sahaja akan ditolak oleh akar umbi UMNO, malah mereka akan ditolak secara total oleh orang Melayu dalam setiap pilihanraya.

Ketika itu, mampukah pemimpin UMNO beralasan lagi?

 

Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker