Datuk Seri, anak, menantu didakwa pukul pengurus syarikat

Oleh – Syeikh Baran

Datuk Seri, anak, menantu didakwa pukul pengurus syarikat
filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; module: video;
hw-remosaic: false;
touch: (0.5472222, 0.5286458);
sceneMode: 0;
cct_value: 0;
AI_Scene: (-1, -1);
aec_lux: 247.34517;
aec_lux_index: 0;
albedo: ;
confidence: ;
motionLevel: -1;
weatherinfo: null;
temperature: 42;

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, anak perempuan, menantu lelaki dan dua pekerjanya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pengurus syarikat insurans, bulan lalu.

Tertuduh, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie, Nur Amalina Mohamad Fazil dan Amran Azmi bersama Azian Ab. Rahim serta Muhammad Azrul Syafiq Rosman masing-masing berusia antara 28 dan 62 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh telah mencapai niat bersama dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah kafe, Taman Kota Laksamana dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 8.30 malam pada 14 November 2024.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof bersama Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan RM5,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin. Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 23 Januari depan untuk serahan dokumen.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Mohamad Fazil dan Azian didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah terhadap lelaki berkenaan di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dalam pada itu, Nur Amalina mengaku tidak bersalah dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina terhadap mangsa sama.

Terdahulu, Bala Subramaniam memohon budi bicara mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara atau gag order bertujuan menghentikan perbincangan awam kerana kes membabitkan individu berprofil tinggi, tetapi dibantah Nor Azizah yang berhujah kes berkenaan sama seperti kes-kes lain.

Setalah mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Nor Syaliati menolak permohonan gag order tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker