Lelaki tumbuk pekerja kedai makan ditahan
Lelaki tumbuk pekerja kedai makan ditahan
BUKIT MERTAJAM: Polis telah menahan seorang lelaki yang menumbuk dan memukul kepala seorang pekerja sebuah kedai makan dengan penutup tong sampah di Machang Bubok, di sini sehingga kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, polis mengesan video yang dimuatnaik melalui laman sosial Facebook (FB) berdurasi satu minit dan 36 saat sekitar jam 10 pagi tadi.
“Kejadian memaparkan individu dipukul di sebuah kedai makan yang mana siasatan lanjut mendapati insiden berlaku 27 Disember (kelmarin) kira-kira jam 2.45 pagi.
“Suspek didapati telah menumbuk muka dan memukul kepala mangsa menggunakan penutup tong sampah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan tangkapan terhadap suspek dilakukan yang mana dia kini direman hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jelasnya, punca kejadian berkaitan perselisihan faham isu peribadi dan tiada kaitan dengan isu perkauman sepertimana yang didakwa.
“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan dan kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam dan harta benda,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.
Lelaki tumbuk pekerja kedai makan ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.