Isu terkini tentang Titah Adendum, wujud atau tidak?

Isu terkini tentang Titah Adendum, wujud atau tidak?

Isu terkini tentang Titah Adendum, wujud atau tidak?

Oleh: Zakaria Mohd

Jika dibandingkan Anwar dengan Najib, kita ada persoalan dan persoalan itu telah dibangkitkan oleh Dr Akmal, tetapi nasib beliau agak malang kerana disanggah oleh sesetengah pihak.

Sejauh mana pengampunan diraja Perdana Anwar Ibrahim pada tahun 2018 mengikut prosedur yang betul?

Soalan yang dikemukakan oleh Dr Akmal itu menarik perhatian Adam Adli Abd Halim.

Isu terkini tentang Titah Adendum, wujud atau tidak? Jika wujud, kenapa tidak dilaksanakan?

Perkara di atas adalah suatu isu yang cuba diperjuangkan oleh Dr Akmal kepada Anwar Ibrahim yang menerajui Kerajaan Madani.

Adam Adli tidak perlu membidas Dr Akmal, sebaliknya perlu memberi penjelasan tentang isu pokok utama.

Faktor Titah Adendum menyebabkan penyokong Najib bangkit dan beberapa orang tokoh yang pro mantan Perdana Menteri itu telah berkicau di Shah Alam pada 25 Disember 2024.

Salah seorang yang bercakap tentang Titah Adendum dan keadilan untuk Najib ialah Nizar dan beliau mengakui tentang kewujudan Titah itu, tetapi kenapa perlu disembunyikan.

Oleh itu, majoriti penyokong Najib sedang menanti keputusan daripada mahkamah tentang Titah Adendum pada 6 Januari 2025.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat

Kita tidak mahu ambil tahu tentang isu lain yang tidak ada kaitan dengan Najib.

Kenyataan Adam Adli bahawa pengampunan Anwar sememangnya mengikut prosedur, ini bukan perjuangan utama kita.

Jadi, kita amat memahami motif kenyataan Dr Akmal yang kini sedang viral menerusi media sosial.

Setiausaha politik Anwar, Kamil Munim pula mengongsikan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada 2018, yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong ketika itu telah mengurniakan pengampunan kepada Anwar atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Kenyataan di atas memang kita sedia maklom, namun perkara mengenai Titah Adendum seperti disabotaj.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara


Apabila penyokong Najib menjerit di Shah Alam, tidak relevan jika Kamil Munim dan Adam Adli memaksa kita membuat kaji selidik.

Dr Akmal mempertikaikan pengampunan Anwar selepas Pejabat Peguam Negara semalam mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan Najib untuk tahanan di rumah perlu melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Agong sekarang.

Ini dipercayai bertujuan menangani isu titah tambahan oleh Agong sebelum ini, yang dikatakan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara kes rasuah SRC International di rumah.

Adam Adli menyarankan agar Akmal menarik balik kenyataannya.

Tidak perlu rasanya untuk Dr Akmal menarik balik kenyataan beliau berkaitan dengan Titah Adendum.

Bahkan Dr Akmal bukan mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam memberi pengampunan hingga mencemarkan institusi tersebut.

Isunya kenapa titah itu disembunyikan?

Kita setuju jika kenyataan Dr Akmal didakwa melakukan satu serangan politik, tetapi kita tidak setuju jika Dr Akmal dianggap sebagai tindakan yang tidak menghormati institusi diraja dan undang-undang tertinggi negara.

Sebenarnya siapa yang derhaka kepada institusi Agong?

Adam Adli menegaskan Kerajaan Perpaduan mematuhi undang-undang dan Najib serta isterinya, Rosmah Mansor, mempunyai saluran undang-undang tanpa campur tangan politik.

Jika mematuhi undang-undang, kenapa didapati seolah olah membuat sabotaj?

Laporan media menyebut, Dr Akmal berkata, beliau tidak mempersoalkan pengampunan ke atas Anwar, tetapi hanya meminta penjelasan berkenaannya.

Permohonan semakan kehakiman Najib berkenaan titah tambahan itu pula akan didengar di mahkamah pada 6 Januari ini – Zakaria Mohd.

 

Isu terkini tentang Titah Adendum, wujud atau tidak?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker