Buang mayat bayi dalam tandas plaza tol, pasangan remaja ditahan

Buang mayat bayi dalam tandas plaza tol, pasangan remaja ditahan

Buang mayat bayi dalam tandas plaza tol, pasangan remaja ditahan

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih masing-masing berusia 16 dan 19 tahun dikesan membuang mayat bayi mereka yang lahir tidak cukup bulan dalam tandas di Plaza Tol Batu 14, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dekat sini, minggu lalu.

Perbuatan mereka terbongkar selepas remaja perempuan berusia 16 tahun itu mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana sakit perut dan demam pada 18 Disember lalu.

Sumber memberitahu, ketika melakukan rawatan, doktor yang merawat remaja perempuan terbabit menyedari bahawa remaja itu pernah bersalin.

“Remaja itu mengaku bersalin di dalam tandas sebuah pusat beli belah di Puchong sebelum teman lelakinya membuang bayi itu di dalam tandas Plaza Tol Batu 14 LDP.

Sumber memberitahu, ketika melakukan rawatan, doktor yang merawat remaja perempuan terbabit menyedari bahawa remaja itu pernah bersalin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Remaja itu mengaku bersalin di dalam tandas sebuah pusat beli belah di Puchong sebelum teman lelakinya membuang bayi itu di dalam tandas Plaza Tol Batu 14 LDP.

“Mayat bayi itu kemudian turut ditemui oleh orang awam yang menggunakan tandas terbabit kira-kira jam 10 malam pada 18 Disember lalu sebelum menghubungi pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua remaja itu sudah pun ditahan pada minggu lalu.

“Namun, kedua-duanya sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan Jabatan Kimia.

“Siasatan mendapati bayi itu dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan,” katanya selain memaklumkan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Buang mayat bayi dalam tandas plaza tol, pasangan remaja ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker