Banjir: Sudah empat kali berpindah tahun ini
Banjir: Sudah empat kali berpindah tahun ini
KUALA BERANG: Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu mengakibatkan beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir sejak pagi tadi.
Wan Amirul Wan Zuki, 29, dari Kampung Pasir Dula, dekat sini berkata, air mula memenuhi perkarangan rumahnya kira-kira jam 5.30 petang tadi sebelum ahli keluarganya meninggalkan rumah.
Menurutnya, dia sekeluarga antara mangsa terawal yang akan berpindah sama ada ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Pasir Dula.
Katanya, kedudukan rumah yang berhampiran Sungai Deru dan Sungai Telemong menyebabkan kawasan kediamannya selalu banjir akibat pertembungan air diantara dua sungai.
“Kedalaman air kali ini hanya dua meter berbanding gelombang pertama sebelum ini mencecah lapan meter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Kali ini, saya mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mengalihkan barangan dan jika paras air terus meningkat barulah saya akan berpindah ke rumah saudara,” katanya.
Menurutnya, pengalaman saban tahun berdepan banjir menyebabkannya mudah membuat anggaran untuk berpindah Malah, katanya dia sekeluarga akan berpindah sendiri menggunakan bot gentian kaca tanpa menunggu bantuan tiba.
Katanya, tahun ini, empat kali dia sekeluarga terpaksa berpindah memandangkan air memasuki rumah.
Menceritakan pengalamannya, katanya pernah berlaku sebaik selesai kediaman dibersihkan, banjir kembali melanda kediamannya.
Amirul berkata, biasanya banjir di kawasan kampungnya tidak mengambil masa yang lama untuk surut memandang ia berlaku akibat limpahan air sungai berhampiran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
“Sekiranya hujan tidak berterusan maka paras air akan mula surut dan begitulah sebaliknya namun pengalaman yang ada membuatkan kami sentiasa berjaga-jaga.
“Bimbang paras air naik mendadak sekiranya berlaku kepala air dan sikap sentiasa berwaspada amat perlu memandang rumah saya terdedah dengan bencana alam itu,” katanya.
Sementara itu, jirannya, Fatimah Deraman, 52, berkata, dia mengambil langkah awal dengan berpindah ke rumah saudara yang terletak di kampung berhampiran.
“Bagi mengelak kesulitan saya pindah lebih awal kerana rumah sudah ditengelami banjir sedalam dua meter dan saya berharap hujan kali tidak berterusan.
“Sudah lumrah, setiap tahun, tiga hingga empat kali saya sekeluarga akan berpindah akibat banjir,” katanya.
Banjir: Sudah empat kali berpindah tahun ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.