Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
Kenyataan perdana menteri yang juga merupakan pengerusi Pakatan Harapan, mengenai mengenai pendakwaan berasaskan dendam kesumat, mengejutkan sesetengah pihak.
Anwar Ibrahim adalah perdana menteri dari Pakatan Harapan.
Dan Pakatan Harapan adalah gabungan parti yang memerintah selepas mereka berjaya merampas Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum 14 pada 2018.
Sebahagian dari menteri kabinet yang berada dalam kabinet Kerajaan Perpaduan sekarang adalah orang yang sama di era Pakatan Harapan 1.0.
Mereka mewakili parti politik masing-masing.
Di dalamnya ada parti PKR, ada parti DAP dan ada parti PAN.
Dan pemimpin mereka masih lagi orang yang sama ketika era Pakatan Harapan 1.0.
Ada Anthony Loke, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Gobind Singh dari DAP, ada Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Fahmi Fadzil dari PKR dan ada Mohamad Sabu dari PAN.
Masih orang yang sama menuduh, mengecam dan menghina mantan perdana menteri DS Najib yang mahu mereka jatuhkan.
Bila Anwar mengakui kezaliman dan campurtangan kerajaan Pakatan Harapan 1.0 dalam sistem keadilan negara, apa pendirian mereka semua.
Apakah mereka semua bersetuju dengan apa yang dikatakan Anwar?
Atau mereka tetap mempertahankan apa yang telah mereka katakan semasa mahu menjatuhkan DS Najib?
Sekiranya mereka masih pertahankan pendirian mereka, timbul persoalan, sekarang ini, siapakah sebenarnya yang menghalang keadilan kepada DS Najib.
Keadilan Terus Di Nafikan
Benar, Dr Mahathir adalah perancang utama kezaliman yang berlaku ke atas DS Najib dan keluarga beliau.
Mereka dikenakan dengan pelbagai pendakwaan yang tidak masuk akal dan dengan bukti yang sangat diragui sehingga mahkamah sendiri tidak boleh menerimanya.
Tetapi kini, Dr Mahathir sudah tidak ada kuasa.
Sekarang ini, yang ada kuasa adalah pemimpin Pakatan Harapan.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Rahman Sebli, dengan jelas mengatakan DS Najib tidak mendapat keadilan dan patut dibebaskan.
YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah telah memberikan kelegaan hukum dengan memberikan titah tahanan rumah kepada DS Najib.
Tetapi sehingga ke saat ini, DS Najib masih lagi terkurung di penjara.
Siapakah penghalang sebenenar keadilan untuk DS Najib?
Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
- Jihad Membela Fitnah PAS
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
You must be logged in to post a comment.