Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0

Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0

Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0

 

Akhirnya perdana menteri, Anwar Ibrahim mengakui, kerajaan Pakatan Harapan 1.0 tidak mengamalkan pengasingan kuasa semasa pentadbiran mereka.

Menurut Anwar Ibrahim, semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan 1.0, mereka telah memanipulasi Jabatan Peguam Negara untuk melunaskan dendam kepada musuh politik.

Beliau menyifatkan terdapat pendakwaan dalam beberapa kes yang dilakukan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 sebagai cacat, memandangkan ia dibuat secara terburu-buru.

Anwar Ibrahim juga menyifatkan dalam tempoh itu pendakwaan dibuat penuh racun dan permusuhan.

Sebelum ini Anwar Ibrahim secara konsisten mengatakan beliau tidak mencampuri urusan mahkamah apabila pemimpin UMNO dibebaskan dari pendakwaan.

Tetapi ketika beliau ditanya mengenai pembebasan DS Rosmah dari pertuduhan pengubahan wang haram, beliau akhirnya mengakui kepincangan di era kerajaan Pakatan Harapan 1.0.

Apakah Pertuduhan Ke Atas DS Najib Juga Merupakan Pertuduhan Berasaskan Dendam?

 

Timbul persoalan kepada kita, apakah kepincangan pendakwaan itu hanya berlaku di dalam kes DS Rosmah sahaja?

Apakah ianya tidak berlaku ke atas kes-kes yang dihadapi oleh mantan perdana menteri, DS Najib?

Mahkamah telah membebaskan DS Najib dari pertuduhan kes IPIC.

Mahkamah juga telah membebaskan DS Najib dari pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Tidak dapat dinafikan, sepanjang perbicaraan kes SRC, terdapat pelbagai persoalan yang masih belum terjawab.

Manakala dalam kes 1MDB pula, DS Najib dilihat sudah dikambing hitamkan oleh satu konspirasi peringkat atasan yang melibatkan campurtangan dari negara kuasa besar dunia.

Mungkin ada yang ketawa apabila dalam keterangan mahkamah, DS Najib mendedahkan perkara tersebut.

Bagi mereka, siapa DS Najib hingga kuasa besar dunia mahu berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau?

Pengajaran Dari Peristiwa Arab Spring

 

Tetapi, jangan lupa dengan apa yang sudah berlaku kepada negara Arab selepas Arab Spring.

Bukankah keadaan politik yang tidak stabil di negara Arab selepas Arab Spring juga telah berlaku di negara kita?

Mereka mahu supaya Arab Spring merebak ke Asia Tenggara supaya lebih banyak negara dapat mereka kuasai.

Derma dari kerajaan Arab Saudi adalah untuk membantu DS Najib mengelakkan dari Arab Spring merebak ke Asia Tenggara.

Dan derma ini dianggap oleh negara tersebut sebagai penentangan terhadap agenda tersebut.

Bagi mereka, dengan apa cara sekali pun, DS Najib mesti dijatuhkan kerana bersekutu dengan penentang mereka.

Apa yang mereka dapat?

Negara akan bergantung sepenuhnya kepada bantuan negara tersebut untuk stabilkan politik dan bangunkan semula ekonomi.

Kita akan dijajah dari sudut politik dan ekonomi.

Pemimpin negara akan ditentukan oleh mereka dan aktiviti ekonomi mestilah mengikut telunjuk mereka walau pun ianya akan menindas rakyat.

Itulah akibat dari perbuatan ahli politik yang rakus untuk berkuasa.

Sanggup menjual negara dan rakyat demi memenuhi kerakusan dan agenda politik peribadi.

Perlembagaan dan undang-undang negara digadaikan, yang penting agenda politik tercapai.

Rakyat yang tertipu dengan permainan konspirasi mereka akan bersorak melihat kejatuhan pemimpin yang dizalimi.

Tanpa menyedari masa hadapan yang hitam sedang menunggu.

Itulah yang sudah berlaku selepas kejatuhan DS Najib.

Lebih pelik, sehingga sekarang, masih ada yang membutakan mata dan memekakkan telinga.

Alasan mereka, keadilan sudah bersuara dan hukuman sudah dijatuhkan.

Tetapi apakah keadilan itu benar-benar adil dan hukuman itu benar-benar layak untuk diberikan?

Amaran Allah Dan RasulNya Terhadap Orang Yang Zalim Serta Yang Menyokong Kezaliman

 

Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab dan akan diangkat terus ke langit.

Firman Allah SWT:

وَلا تَركَنوا إِلَى الَّذينَ ظَلَموا فَتَمَسَّكُمُ النّارُ وَما لَكُم مِّن دونِ اللَّهِ مِن أَولِياءَ ثُمَّ لا تُنصَرونَ

Mafhumnya:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu.

Sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” – Surah Hud : 113

Sabda Rasulullah SAW:

اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Mafhumnya:

“Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT.” – Riwayat al-Bukhari (2448)

Bertaubatlah, kerana selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, pintu taubat masih terbuka.

 

Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker